Sejak beberapa hari lalu, Wilayah Midwest America Syarikat dilanda suhu dingin melampau dengan suhu mencecah -30 darjah Celcius yang mana sudah seperti -46 darjah Celcius. Ia adalah berpunca daripada angin sejuk dari fenomena vorteks kutub yang sering mengelilingi kutub utara sekarang ini.
Sesuatu yang agak mengejutkan kerana ia merupakan keadaan terburuk yang perlu di alami wilayah ini dan dijangka akan membawa kepada suhu lebih rendah lagi.
"Angin sejuk 30 hingga 60 darjah di bawah sifar menjadi biasa di seluruh utara Plains, Great Lakes dan bahagian atas Midwest," kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan. :AFP
Suhu sejuk yang sedang dialami oleh 12 negeri di sini hari ini, lebih dingin daripada beberapa bahagian di Antartika bahkan telah menandingi kesejukan di ibu negeri Alaska dan dikatakan akan berlaku untuk beberapa hari lagi ikutan dari udara artik yang akan kekal di tengah dan timur.
Fenomena ini menyebabkan aktiviti harian terhenti, gangguan kepada perjalanan dan penerbangan juga terpaksa ditangguhkan. Berikutan dari itu, semua penduduk digalakkan berada di rumah, dikhuatiri terkena "frost bite" jika terdedah di tempat terbuka selama 10 minit.
Setakat ini 29 kematian telah tercatat yang mana antaranya terjadi ketika berada di luar rumah, tidak mematuhi pakaian yang ditetapkan dan salah seorang darinya juga merupakan lelaki "homeless" yang dijumpai telah membeku.
Terkini pihak berkuasa di Illinois sudah mengeluarkan perintah darurat untuk mengawal keadaan dan mengurangkan perkara tidak diingini daripada berlaku. Malah kebanyakan syarikat dan premis perniagaan mengarahkan pekerja hanya bekerja di rumah. Sekolah dan institusi pula ditutup buat masa ini.
Kredit Foto : EPA
Pelajar Malaysia di sana dikhabarkan selamat dan keselamatan mereka akan sentiasa dipantau oleh Education Malaysia Chicago dari masa ke masa. Mereka juga dinasihatkan agar sentiasa berada di tempat yang lebih selamat dan tertutup sepanjang fenomena sejuk melampau ini berlaku.
Wan Abdul Rahman Wan Azhar, 21 iaitu pelajar Ijazah Pengurusan Rantaian Bekalan, Iowa State University menceritakan pengalamannya berhadapan dengan keadaan sejuk melampau ketika keluar dari rumah sehingga menyebabkan tangan membeku dengan cepat.
Menurutnya,
"Saya tak pakai sarung tangan lagi, walaupun ada di dalam poket baju sejuk kerana bergegas takut tertinggal bas. Tidak sampai lima minit, tangan dah rasa macam beku dan sakit,: katanya ketika dihubungi BERNAMA.
Kemudian seorang lagi penuntut di universiti itu, Muhamad Imran Maszeri, berkata alat pemanas terpaksa dinaikkan dari suhu 20 ke 30 darjah Celcius . Beliau juga terpaksa memakai empat lapisan pakaian bagi memanaskan badan untuk keluar ke universiti dan membeli barang keperluan. - CARI
Sumber :https://ythisnews.com/29-killed-in-us-midwest-due-to-extreme-cold/,https://weather.com/en-IN/india/news/news/2019-02-01-extreme-cold-hits-us-midwest-and-northeast,https://www.wvlt.tv/content/news/Midwest-awaits-spring-like-thaw-just-days-after-bitter-cold-505195611.html,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/527218/pelajar-malaysia-di-kongsi-pengalaman-sejuk-melampau,https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2019/01/525178/fenomena-vorteks-kutub-landa |