View: 11616|Reply: 137
|
[Tempatan]
Rumah Arwah Mangsa Tertusuk Pisau Sangat Daif
[Copy link]
|
|
KEADAAN rumah didiami keluarga arwah Nur Qaisara Medina Supian, 2, yang maut akibat tertusuk pisau di Parit Telok Pial Baroh, Kuala Kurau di Parit Buntar, sangat memilukan.
Situasi itu disaksikan wartawan Harian Metro ketika mengikuti Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari yang hadir menziarah kediaman keluarga berkenaan, malam tadi.
Rumah didiami lapan beranak, termasuk arwah Nur Qaisara Medina dan neneknya yang berusia 86 tahun bukan saja sangat uzur, malah ia tidak selamat didiami.
Abdul Yunus mengakui bukan sahaja terkejut dengan kejadian menimpa arwah, malah beliau tersentuh hati melihat kediaman mangsa yang daif itu.
“Saya turut melahirkan rasa simpati pada keluarga ini atas kejadian yang menimpa anak keempat mereka.
“Hasil kunjungan tadi, amat mengejutkan kerana keadaan rumah mereka yang uzur dan tidak selamat diduduki.
“Dengan keadaan sedemikian sudah pasti keluarga ini layak dibantu dan saya sendiri akan usahakan bantuan sewajarnya terhadap keluarga ini,” katanya kepada wartawan Harian Metro.
Abdul Yunus hadir bersama Ahli Majlis Daerah Kerian ke rumah keluarga arwah itu bagi menyampaikan bantuan awal sumbangan kerajaan negeri untuk meringankan beban keluarga itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau itu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Pegawai Daerah Kerian bagi membolehkan keluarga berkenaan memiliki rumah di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Bagan Tiang, Tanjung Piandang yang dalam proses pembinaan.
“Sekiranya keluarga masih mahu mendiami kediaman ini, saya akan usahakan bantuan yang wajar seperti baik pulih lantai, dinding dan bumbung yang usang dan membahayakan keluarga ini.
“Dalam masa sama saya akan memastikan pihak berkaitan ambil perhatian dalam membantu keluarga ini dari pelbagai sudut,” katanya.
Sementara itu, tinjauan media di kediaman keluarga ini mendapati suasana sugul menyelubungi ahli keluarga dan penduduk kampung.
Bapa mangsa Supian Samsuri, 42, ditemui, kelihatan sebak, namun reda dan menganggap kejadian yang menimpa anaknya Nur Qaisara Medina sebagai ketentuan Allah.
Harian Metro, semalam, melaporkan dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, mangsa tertusuk pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter di bahagian kiri perut yang terbenam hingga paras hulu pisau.
Mangsa dikatakan berlari di dapur rumah untuk meminta neneknya membuatkan susu, namun terpijak pinggan plastik yang ada pisau di atas lantai sebelum terjatuh dan tertusuk di bahagian kiri perut.
Bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan berlebihan akibat tikaman di perut.
Berita berkaitan
• Tragedi anak terjatuh tertusuk pisau [METROTV]
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa dikatakan berlari di dapur rumah untuk meminta neneknya membuatkan susu, namun terpijak pinggan plastik yang ada pisau di atas lantai sebelum terjatuh dan tertusuk di bahagian kiri perut.
Ya Allah. ...kesian sgt dan kesian sangat tengok kehidupan family ni....bahayanya lantai berlubang. ... |
|
|
|
|
|
|
|
allah ... daif nya... ada hikmah jugak di atas kejadian ni... |
|
|
|
|
|
|
|
terjadinya sesuatu kejadian, mempunyai hikmah tersendiri..
tenanglah di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat la arwah terus, kalo meolls rumah ghoper gini pon bleh stress dek |
|
|
|
|
|
|
|
namun terpijak pinggan plastik yang ada pisau di atas lantai tak kira la .. daif mana pun atau berduit camna pun .. bahaya la bila letak benda tajam sembarangan gtu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu sebab terjatuh kot banyak lubang. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-2-2019 09:07 AM
tak kira la .. daif mana pun atau berduit camna pun .. bahaya la bila letak benda tajam sembarangan ...
Ya..itu yg akak fikir. ....lantai berlubang tu boleh ambil buluh tebang untuk tutup dari bahaya anak terjatuh ....demi keselamatan anak sanggup buat apa saja. .. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak ikhtiar boleh buat sebenar nya ..
antara nak dengan tak nak jer kak
dengan anak anak yang masih kecik kecik camtu .. tak kan la tak terfikir bahaya nya lantai berlubang lubang tu
ni bukan pasal daif ke apa
ni soal keselamatan bebudak tu .. bukan tau apa .. nak berlari ke sana sini jer tau nya
lagi lagi kalau perati betul betul gambar tu ..
banyak jer kayu kat bawah rumah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
hmmm..nasib org.
kesian kt anak kecik tu..selamni dia lari jugak pisau tu memang dah biasa diletak merata2..diorg tk peduli pun nyawa anak ni..cuma semalam nasib tak baik..dah ajal..pisau tu memang dh disediakan utk membunuh anak kecil tu.
patutnya mereka gembira sebab umpan dh mengena.
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-2-2019 09:19 AM
banyak ikhtiar boleh buat sebenar nya ..
antara nak dengan tak nak jer kak
dengan anak anak yang ...
FC sama dengan akak...siap zoom kayu bawah rumah tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 18-2-2019 09:19 AM
banyak ikhtiar boleh buat sebenar nya ..
antara nak dengan tak nak jer kak
dengan anak anak yang ...
Maknya sebaya FC..X. ...umur 27.....ke akak silap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu wonder kenapa org miskin beranak banyak? Dalam keadaan kehidupan mcm tu, tak fair nak bawak anak2 kecik ke dunia. Contraceptives free je pun kat KK. Paling-paling pun bayar RM1. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya…. kalua pisau atas lantai rumah mcm mana pun bole tertusuk perut kalua bdk jatuh. Hati2 lah...sesal kemudian x berguna & semoga keluarga ni dibantu |
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah .. sebaya kalau mak nya 27 tahun ni
"Dia terus lari ke arah neneknya yang ada berhampiran untuk minta buatkan susu, malangnya ketika berlari dia terpijak pinggan plastik yang ada pisau dan terjatuh atas lantai," kata Hana Mazlan, 27, ibu kepada Nur Qaisara Medina Supian, 2, yang maut akibat tertusuk pisau, hari ini. ni FC dapat dari Thread @Remyda
27 .. dah ada anak 5 orang .. erm .. betul ke?
sebab FC baca dari Thread ni ..
Rumah didiami lapan beranak, termasuk arwah Nur Qaisara Medina dan neneknya yang berusia 86 tahun bukan saja sangat uzur, malah ia tidak selamat didiami. tolak nenek dan pasangan suami isteri tu .. kira semua nya 5 anak anak la kan
|
|
|
|
|
|
|
|
kemahin lagi pakai inner duchess bagai
rumah tonggang langgang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|