"Kalau rasa nak tengok, silakan. Mungkin tak sehebat yang diharapkan dan tak semudah untuk sis menyiapkan kerana tak semua jasa akan dikenang."
Ramai netizen yang menganggap posting Sheila Rusly baru-baru ini sebagai sindiran kepada aktres Janna Nick.
Kredit foto: IG Sheila Rusly
Janna bagaimanapun enggan memberi sebarang komen kerana menghormati produser terbabit dan syarikat penerbitan JS Pictures Sdn Bhd selain banyak terhutang budi dengan mereka.
"Apa yang boleh saya katakan, saya menganggap Sis Sheila dan Papa Jinggo sebagai orang yang sangat terhormat dalam industri seni dan saya tak layak nak komen apa-apa," kata Nurul Jannah Muner kepada mStar Online.
Kredit foto: IG Janna Nick
Katanya lagi, Sheila tidak memberi sebarang reaksi negatif ketika ditanyakan mengenai statusnya yang mencetuskan spekulasi itu.
Namun, Janna berkata dia akan mengulas lanjut tentang spekulasi hubungannya dengan produser itu sekiranya pihak Sheila tampil memberi sebarang kenyataan mengenainya.
"Saya hanya akan mengulas lanjut kalau pihak sana bagi kenyataan," ujarnya.
Kenyataan Janna tu macam betul ada sesuatu saja berlaku di antara mereka. Anda rasa sebab apa? - CARI |