"Aku sorang je ke rasa bibir Izara besar?"
Dek kerana komen penonton drama mengenai kelainan pada bibir Izara Aisyah membuatkan pelakon tersebut membuat pengakuan. Izara dalam post di Twitter mengajuk kata-kata netizen lalu mengaku ianya adalah bibir buatan dan dia sendiri mengaku ia nampak buruk. Nasib baiklah ia makin surut, tulisnya.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet
Izara memberi penjelasan mengenai kata-kata netizen yang telah menyaksikan drama 100 episod Jodoh-Jodoh Annisa yang memaparkan saiz bibir Izara lebih besar dari biasa. Bagaimanapun Izara tidak memarahi netizen dengan komen tersebut sebaliknya mengaku itu sekadar percubaan semata-mata. Mujurlah juga 'bibir buatan' tersebut surut.
Kredit foto: Carian Internet
Bentuk bibir Izara memang sentiasa menjadi pertikaian netizen. Bentuknya yang mungil dan cantik menarik perhatian malahan Izara sangat obses dengan bentuk bibirnya hingga membeli produk yang perlu diletakkan di bibir untuk menjadikannya lebih besar. Semuanya itu dikongsikan dengan netizen pada tahun lepas.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Rupa-rupanya obsesi Izara lebih dari itu. Sebelum drama tersebut ditayangkan, Izara sudah membuat pengakuan bahawa dia mencuba eksperimen ke atas bibirnya supaya lebih gebu dan seksi. Tetapi kesannya hanyalah selama enam bulan dan sekarang sedang menunggu untuk pulih seperti sediakala.
Kredit foto: Twitter
Rata-rata netizen bersetuju bahawa bentuk bibir asal Izara lebih lawa berbanding dalam drama terpanjang ini.
Malahan turut memuji pengakuan ikhlas Izara dan bukannya semata-mata mengatakan ia kerana teknik fotografi.
Setiap artis mempunyai obsesi tersendiri dan nampaknya Izara Aisyah merasakan bibir buatannya lebih seksi. Tetapi selepas puas bereksperimen, akhirnya dia mengakui yang bentuk asal lebih bagus. Anda pula bagaimana? - CARI
|