CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1914|Reply: 5

"Berita Zaman Bila Ni? Nampak Sangat Fail Geografi" - Netizen Persoal

[Copy link]
Post time 21-2-2019 10:31 AM | Show all posts |Read mode





Apabila sebuah portal gaya hidup antarabangsa memaparkan berita mengenai bandar termahal di dunia merujuk kepada Singapura, sememangnya ia sudah dijangka dari awal. Namun apabila kapsyen ditulis Singapore, Malaysia memberi gambaran seolah-olah negeri Singapura berada dalam negara Malaysia, ia menjadi bahan bualan netizen.




Kredit foto: Twitter





Menurut portal tersebut, Singapura sudah dinobatkan sebagai bandar termahal kos sara hidupnya di dunia. Lalu menyebut Singapura berada di dalam Malaysia membuatkan ianya menjadi bahan jenaka dalam kalangan netizen. Ramai mempersoalkan ilmu Geografi dan Sejarah yang dimiliki oleh penulis bernama Angela Melero hingga menulis sebegitu rupa.




Kredit foto:


Dengan memaparkan kekayaan Malaysia hanya diketahui sejak penayangan filem "Crazy Rich Asians", penulis menyatakan bahawa reputasi Singapura sudah terkenal sejak sekian lama lagi. Hal ini sudah menjelaskan kedangkalan ilmu penulis mengenai perbezaan antara Malaysia dengan Singapura.


Kredit foto: Twitter



Kredit foto: Twitter



Hal ini menyebabkan netizen melawak bahawa penulis masih terikat dengan peta 60 tahun dahulu lagi hingga tersasul menulis Singapura, Malaysia. Malahan ada pula yang mengatakan padanlah artis antarabangsa hanya membuat konsert di Singapura sahaja kerana berpandangan mereka sudah menawan keseluruhan negara Malaysia.



Kredit foto: Carian Internet





Lebih lawak, ramai yang mengaitkan dengan isu air dan pelbagai lagi isu lain antara kedua-dua negara. Lebih memalukan kerana penulis tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai kedudukan negara di Asia Tenggara.



Malahan, ada juga yang menyelitkan bahawa mujurlah Malaysia yang ditulis, jika negara Indonesia pula, pasti lain ceritanya.




Kredit foto: Carian Internet




Nampaknya, masih ramai lagi bangsa asing yang tidak begitu mengenali Malaysia hingga boleh menganggap Singapura sebahagian dari Malaysia. Adakah kerana kita tidak cukup mempromosikan negara kita atau mereka katak di bawah tempurung? - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 11:14 AM | Show all posts
what???????????.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 11:38 AM | Show all posts
Bila si kurang pengetahuan nak jugak bercerita macam ni ler jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayoo.. tp mmg la. Even2 wakil2 malaysia ke pertandingan miss universe pon terpaksa ckp malaysia is between singapore and thailand. Baru peserta2 lain dpt gambaran malaysia kat mana..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:45 AM | Show all posts
ingat Malaysia ni dikenali sangat kah? kalau tak sebut Singapore Thailand.. memang xde la.. dlu p oversea pon.. sebut malaysia depa blur2.. bila bgtaw sebelah singapore.. baru dorg dapat tangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 07:39 PM | Show all posts
Tapi, sejak kehilangan MH370 &  MH 17 Malaysia dikenali ramai. Sampai MH 370 jadi precedent case kapai terbang hilang.

Ignorance sgt penulis tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069439 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list