View: 1517|Reply: 4
|
Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dilanggar Ketika Kereta Diundur
[Copy link]
|
|
Kredit Foto: Astro Awani
Sebelum kita masuk ke dalam kereta untuk memandu, perkara penting yang perlu dilakukan ialah memastikan keadaan sekeliling kereta kita berada dalam kedudukan selamat untuk bergerak kehadapan atau kebelakang. Ini perkara asas yang diajar semasa di sekolah memandu dulu.
Sudah selalu sangat kita mendengar kejadian yang menyayat hati apabila anak kecil dilanggar ketika kereta berundur. Lebih menyedihkan apabila yang melanggar itu ialah ibu atau bapanya sendiri.
Terbaru kejadian yang berlaku di Tanjung Tokong, kali ini seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut akibat dilanggar oleh seorang wanita ketika mengundurkan keretanya.
Kredit Foto: Astro Awani
Kanak-kanak malang tersebut, Annur Sumayyah Syabandi dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah di kepalanya.
Nampaknya apa yang berlaku baru-baru ini di Terengganu, masih ada yang tidak ambil pengajarannya. Alasan tersalah tarik gear mengundur sepatutnya tidak boleh diterima bagi pemandu yang mempunyai lesen memandu penuh. Sikap cuai dan leka ketika mahu memulakan pemanduan hendaklah dihindari. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sudah tiba masanya kereta buatan Malaysia ada:-
- Camera
- reversing sensors |
|
|
|
|
|
|
|
ini kes reverse behemah ke, salah reverse? |
|
|
|
|
|
|
|
Ahh dah biasa ni |
|
|
|
|
|
|
|
ada kes salah masuk gear..ada kes nak tekan brek tertekan minyak.. aduii.. innalillah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|