Pada 3 tahun yang lepas, satu dunia bercakap tentang sepakan percuma Faiz Subri yang melawan hukum fizik sehingga memenangi anugerah Puskas Award. Sepakan lencong itu membuatkan beliau berjaya menewaskan gol cantik daripada permain ternama dunia seperti Neymar, Messi dan Ronaldo.
Namun, kejayaan itu sudah berakhir apabila Faiz tiada pasukan untuk diwakili untuk kejohanan Liga Malaysia. Setelah kontraknya tamat, pemain tengah berusia 31 tahun itu pernah menerima panggilan pasukan Pulau Pinang untuk ujian pemilihan pasukan, namun ditolak Faiz atas sebab tertentu.
Foto: Vulcan Post
Faiz Subri juga dikatakan telah memulakan bisnes dan juga merupakan duta untuk Aspada Perfume. Pemenang Puskas Award itu turut menolak tawaran daripada pasukan lain memandangkan beliau mempunyai 3 anak kecil dan berpindah ke negeri lain agak kurang sesuai buat masa ini.
Sumber Gambar: SAYS
Sumber Gambar: SAYS
Namun menurut rakannya, Faiz masih belum berputus asa dalam dunia bola sepak dan mungkin akan kembali pada masa akan datang. Pastinya ramai peminat bola sepak tempatan rindu akan sepakan percumanya itu! -CARI |