CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7013|Reply: 24

"Kalau Aku Menipu, Ada Aku Bagi Nombor Akaun Merayu Minta Duit?" - Eno

[Copy link]
Post time 22-2-2019 04:28 PM | Show all posts |Read mode







Bukan marah tapi itulah sewajarnya yang dilakukan.



Itu penjelasan pelakon komedi, Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah,39 apabila status dan gambarnya yang sakit dikatakan mahu menarik perhatian dalam industri seni.



Isu timbul apabila Enot tidak memberitahu secara terus terang mengenai situasinya yang mengidap kanser usus. Namun paparan di Instagramnya menunjukkan seolah-olah dia sihat sehinggalah gambar sakitnya dipost kembali, menimbulkan tanda tanya netizen. Rupa-rupanya ia adalah gambar 'throwback' 3 tahun dahulu tetapi netizen salah faham.









Menurut Enot, status tersebut dimuat naik untuk kempen syarikat Insurans mengenai perlindungan penyakit kanser. Jadi ia adalah 'throwback' sebaliknya segelintir netizen mempunyai pelbagai pandangan, ada yang malas membaca membuatkan dia diperli kononnya mahu meminta simpati.







"Lilahitaala, takda niat pun nak naik dengan cara ni. Bila orang viralkan akan ada dua kesan iaitu negatifnya, tawaran berlakon mungkin ditarik balik sebab orang ingat saya tak sihat. Positifnya pula orang ingat saya nak buat 'comeback', jadi orang akan buka mata."



Bagi Enot, dia tidak perlu menceritakan semua benda kepada khalayak kerana merasakan tidak perlu.



"Netizen tanya kenapa minta dunia saja? Takkan saya nak berdoa kat Allah, saya bagitahu semua orang," jelasnya lagi yang disahkan menghidap Kanser usus tahap dua dan pulih pada tahun 2015, setahun kemudian dia meniaga kek dan 2018 dia mula mendapat tawaran shooting.










Enot juga sedih apabila kata-kata negatif ini sampai ke pengetahuan anaknya hingga diejek oleh rakan-rakan sekolah "ibu kau penipu."



"Sebab tu saya tanya, ada saya bagi nombor akaun ke sampai kat saya menipu? Semua saya tanggung sendiri."



Kasihan Enot, macam-macam dilakukan untuk menyara kehidupa sebagai ibu tunggal, namun mulut netizen memang tidak boleh ditutup. Diharap dengan penjelasan ini, tawaran berlakon akan semakin melimpah-limpah hendaknya. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendunya benang. Aku sampai sekarang tak jemu tengok enot melatah dekat melatah raya tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dimurahkan rezeki enot...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu awak berlakon enot
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:46 PM | Show all posts
Jarang dah nmpk dia berlakon... best jer lakonan dia ni...
moga murah rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru smlm iols tny psl dia tetiba aikkk arini benang dia ade sape2 ada new pic enot plisss share
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 11:06 AM | Show all posts
skrg ni dia makan produk kurus apa plak...rasa dia ni nonstop jd duta produk kurus
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku ckp dia dh kurus .. Dia kurus sbb sakit ke sbb dia duta produk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 03:40 PM | Show all posts
kasihan dia , lama tak tgk dia berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Vudussnye netizen yg malas baca ni..xpe enot golongn yg malas baca n kurang pemahaman ni xramai..ignore je...
Seronok tgk enot yg nmpk semakin sihat n hepi dgn keadaan dia sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 04:50 PM | Show all posts
beliau dah kurus ka
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 07:51 AM | Show all posts
dia ke yg minum Le***ex tu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu dia bgtau dia disahkan kanser
Abd then beberaoa thn lepas aku tgk tv(tak ingat tajuk apa) yg dia ditaja yakult utk ke jepun & yakult nk tolong dia utk provide treatment utk kanser dia..so kena check lg kanser tu..bila cek lg skali, doc ckp kanser takde

So...aku xtau dia salah dgr/faham dari doktor pertama(first checkup)
Ataupun
Dia mmg ada early stage

Taknak tuduh lebih3.....tp aku baca gosip2 ramai ckp dia menipu ye...apa2 pun semoga enot sentiasalah sihat...sakit ke tak sakit ke hanya dia yang tau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
MissQwerty replied at 24-2-2019 09:39 AM
Dlu dia bgtau dia disahkan kanser
Abd then beberaoa thn lepas aku tgk tv(tak ingat tajuk apa) yg di ...

Ada dlm Nona rasanya kisah dia ditaja Yokult utk pergi research centre Yokult tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo gambar balikbelakang. Netizen tak baca habis.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:48 PM | Show all posts
awat muka bedak tebal masa sakit ?

mmg lh kesian bila dia sakit dulu

skg bila dh sihat bkn main jd duta product kurus / product kecantikan

make-up nampak lh mcm cantik,

cuba w/out make up, mmg x berapa nk ON

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 04:29 PM | Show all posts
takde mekap muka dah mcm acik urut tradisional abisssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni suka consume benda bkn2...hr tu lemonex kan..padahal yoi dok ckp benda tu bhy..apatah lg utk org yg ada sejarah penyakit bhy ni..

Tlg amalkan gaya hidup sihat..xsalah spent sikit money utk hire coach klu xpandai..sbb klu dh sakit lg byk duit keluar..klu keje sndr plk dh xblh buat keja..nasihat ikhlas aku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga sihat2 aje ye..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2019 01:43 AM | Show all posts
maybe doc suspect sheols ada kanser usus... tapi sheols salah faham... yela kekadang doc ada preliminary test apa semua kan...  then further diagnose nak tunggu result apa semua makan masa and final result dia zero cancer... iols husnuzon jelah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.064117 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list