Akibat kecuaian pengasuh, anak jagaannya ditemui orang ramai berkeliaran di tepi jalan, jam 12 tengah hari semalam.
Harian Metro melaporkan, mangsa kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Pedas.
Kredit foto: Harian Metro
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pada pagi kejadian itu, ibu kanak-kanak berkenaan yang juga guru di sebuah sekolah rendah di Tampin menghantar anaknya kepada pengasuhnya di Taman Chembong Jaya.
“Siasatan mendapati anak pengasuh terbabit membawa pulang kanak-kanak itu ke rumahnya di Taman Pinggiran Pedas, yang terletak kira-kira lapan kilometer (km) dari situ.
“Tanpa pengawasan, kanak-kanak itu berkeliaran dan ditemui tanpa hala tuju di tepi jalan,” katanya.
Orang awam yang menemui kanak-kanak terbabit membawanya ke balai sebelum dijemput ibunya pada jam 5.05 petang selepas dihubungi polis. Bagaimanapun, tiada laporan polis mengenai kejadian dibuat.
“Jangan disebabkan sikap cuai, malang menimpa di kemudian hari,” pesannya kepada semua ibu bapa atau pengasuh. - CARI |