CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2341|Reply: 4

Nanti Malaysia Jadi Macam Bangladesh Kalau IPT Gila Buat Duit

[Copy link]
Post time 26-2-2019 10:37 AM | Show all posts |Read mode






Selain isu perumahan yang mencengkam kebanyakan rakyat Malaysia, isu pengangguran juga sangat hebat diperkatakan. Ramai graduan masih belum mendapat pekerjaan walaupun memperolehi keputusan cemerlang ketika berada di universiti. Ada yang mengatakan ianya kerana umur persaraan dinaikkan setiap tahun tetapi ada juga yang berkata kita mempunyai terlalu banyak universiti. Benarkah?





Twitter



Dengan meletakkan pandangannya sebagai pendapat kurang popular, netizen ini menyatakan Malaysia sebenarnya terlalu menumpukan kepada penghasilan graduan hingga menyebabkan banyak pengganguran dalam mereka. Hal ini adalah kerana pendidikan telah menjadi sumber menjana ekonomi dan bukannya semata-mata untuk memberi ilmu. Produk kapitalis ini berlangsung sekian lama dengan tumbuhnya universiti atau kolej swasta yang banyak hingga terpaksa mencari pelajar, kemudian menjadi graduan lalu mencari pekerjaaan yang tidak ada. Ianya akan berlaku bagai kitaran tiada berkesudahan.



Apabila menjadikan pendidikan sebagai sumber ekonomi, ada kolej yang menyediakan fasiliti sekadar ada sahaja tanpa meletakkan pemberian ilmu sebagai medium utama.



Oleh sebab itu, kita perlu menerima hakikat bahawa pendidikan universiti bukanlah untuk semua orang. Hentikan pembinaan universiti berskala gah hanya kerana mahu mengejar nama sebagai hub pendidikan sedangkan pulangan (dibaca pekerjaan) tidak diberi penekanan.


Kredit foto: Carian Internet





Menurutnya lagi, Malaysia sepatutnya menghasilkan individu yang boleh menjadi bos (majikan) bukannya pekerja semata-mata. Generasi baru perlu dilatih dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang seiring supaya tidak lagi terkapai-kapai setelah tamat belajar.





Ramai bersetuju dengan pandangannya termasuklah pihak majikan yang merasakan pengajaran di universiti tidak sesuai diaplikasikan dalam dunia pekerjaan. Hal ini menyumbang kepada pengangguran.



Sementara itu, ramai juga yang menyarankan agar kerajaan mendana sekolah vokasional yang boleh menjadi tunjang kepada ekonomi negara. Jadi, perbelanjaan ke atas pendidikan tinggi boleh diperlahankan supaya tidak terlalu menghasilkan graduan tidak berkualiti.



Kredit foto: Carian Internet





"Apabila pusat pengajian pun dah jadi alat kapitalis buat untung juta-juta."



Begitulah pendapat mereka. Hal yang berkait ini akan menyumbang kepada permasalahan isu kondominium banyak tetapi tiada siapa yang tinggal kerana graduan tiada pekerjaan. Akibatnya graduan yang 'overqualified' ini sentiasa menunggu peluang pekerjaan yang entah bila tiba. Sedangkan banyak pekerjaan kolar biru diisi pula dengan pekerja asing. Bak kata seorang netizen, jika ia berlarutan, tidak mustahil Malaysia akan jadi seperti negara Bangladesh yang menghasilkan graduan bagus tetapi tiada pekerjaan.



Ramalan itu menakutkan tetapi ia kemungkinan berlaku jika tiada pihak yang mengambil tindakan untuk menghentikan perkara sebegini. Apa pendapat anda? - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 11:15 AM | Show all posts
siapa yang mulakan?
klu awal 2000
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa suruh masuk U?....

Kan blh buat fake cert je....claim lah ada degree, master, PHD.....rebut peluang yg ada... klu bljar brp thn nk habiskan....kena bersaing pulak dgn org setiap 6bln grad....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 05:56 PM | Show all posts
masalahnya yg fake cert tu bukan kah pelarian dari parti2 lain dulu. kenapa baru ianya dipertikaikan dan bukan dulu2 ek. Sekadar nak tau jew
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp pendidikan tinggi membantu membentuk peribadi #idea2kupang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.329737 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list