Seorang wanita dari England terkejut selepas bertemui semula dengan mesej dalam botol yang dibuangnya ke tengah lautan 17 tahun dahulu ketika beliau berumur tujuh tahun.
Emily Edwards, 25, berkata ketika masih kanak-kanak beliau dan keluarganya telah bercuti di Wales di mana beliau telah menulis sepucuk surat, memasukkannya ke dalam botol dan menghumbannya ke tengah lautan.
Kredit foto: Facebook
Emily telah lama melupakan mesej dalam botol itu, sehingga seorang lelaki bernama Sam Hammond yang sedang berjogging di tepi pantai menjumpainya 60 batu dari kawasan di mana Emily mula-mula mencampakkanya.
Kredit foto: wtxl.com
Walaupun dakwat dalam kertas itu hampir pudar, Sam Hammond masih boleh membaca alamat rumah Emily di Telford jadi emak Hammond mencadangkan mereka memuatnaik mesej itu di media social dan cuba mencari semula pemiliknya. Status mereka mejadi viral selepas mendapat publisiti BBC dan berjaya menemukan mereka dengan Emily.
Kredit foto: Inside Edition
Emily yang terkejut selepas dihubungi memberitahu Inside Edition bahawa beliau seakan tidak percaya mesej itu kembali kepadanya. Kini Emily ingin cuba mengulangi perkara yang sama dengan menulis mesej bersama-sama anak perempuannya dengan harapan sejarah akan berulang.
Wow! Tak sangka perkara kebetulan seperti ini boleh berlaku. Pasti akan menjadi cerita yang menarik untuk anak cucu beliau kelak. - CARI |