Mahkamah tertinggi Amerika Syarikat kini kembali mengharamkan tentera transgender dalam barisan pertahanan negara itu susulan arahan Presiden Donald Trump untuk menamatkan kebenaran kepada golongan itu yang sebelum ini diluluskan oleh Presiden Obama.
Kredit foto: Carian Google
Dengan undian 5-4, barisan Hakim kini membenarkan arahan pengharaman oleh Donald Trump yang mula-mula diumumkannya di Twitter pada tahun Julai 2017. Berikutan undian itu, arahan Trump mula berkuatkuasa pada awal Februari.
Kredit foto: Carian Google
Antara kandungan arahan pengharaman yang digariskan dalam memo Menteri Pertahanan AS James Mattis termasuklah mengehadkan perkhidmatan individu yang didiagnosis oleh doktor mengalami kecelaruan gender. Walau bagaimanapun, individu yang tidak didiagnosis dibenarkan berkhidmat penuh asalkan memilih jantina asal ketika kelahiran mereka.
Kredit foto: Carian Google
Cuba memberikan justifikas, Pentagon berkata langkah ini bukan semata-mata untuk menghalang golongan LGBT dalam barisan pertahanan tetapi untuk memastikan tahap kecekapan pasukan secara keseluruhannya adalah efektif, terutamanya dalam peperangan yang berbahaya dan kritikal.
Kredit foto: Carian Google
Trump pula berkata pasukan pertahanan perlu memberikan tumpuan perbelanjaan untuk meningkatkan kecekapan. Selama ini kita dibebankan dengan kos perubatan pembedahan dn hormon tentera-tentera transgender yang mencecah berjuta untuk rawatan mereka, dan ini sangat menganggu perancangan kementerian tambahnya.
Tindakan Trump ini dijangka akan dikecam oleh pejuang hak asasi manusia dan aktivis LGBT. - CARI |