Sekumpulan doktor di China mengeluarkan seekor cacing pita yang masih hidup berukuran 10 sentimeter dari otak seorang pesakit yang beberapa kali mengalami sawan teruk, lapor South China Morning Post.
Kredit Foto: Healthy Food Center
Sebelum pembedahan itu, pesakit bernama Liu, 26, mendapatkan rawatan di kampung halamannya di daerah Jian, tetapi doktor di sana tidak dapat mengenal pasti punca penyakitnya.
Kredit Foto: South China Morning Post
Liu kemudiannya dirujuk ke Hospital Besar Nanchang sebelum doktor pakar menemui cacing pita tersebut selepas beberapa ujian darah dan imbasan x-ray dilakukan.
Dr Wang Chaunliang yang mengetuai rawatan Liu melaporkan penemuan cacing pita tersebut yang dikatakan masih aktif, berwarna putih dan boleh berenang ketika dikeluarkan.
Kredit Foto: South China Morning Post
Para doktor percaya, cacing pita itu masuk ke dalam tubuh badan Liu melalui makanan tercemar atau daging yang tidak dimasak sempurna.
Liu sendiri mengakui beliau suka memakan makanan dan daging panggang hampir setiap hari.
Kredit Foto: Dapur Mamasya
Menurut doktor pakar, cacing atau telurnya akan bergerak melalui darah dan tinggal di dalam organ badan seperti paru-paru atau otak manusia dan boleh mengakibatkan kerosakan teruk, seterusnya membawa kepada kematian jika tidak dirawat. - CARI |