View: 10246|Reply: 29
|
Preity Zinta Kecewa Tak Pernah Sambut Ulangtahun Perkahwinan Kali Pertama Dengan
[Copy link]
|
|
Preity Zinta ialah satu nama dalam industri lakonan Bollywood yang cukup disegani. Preity mula dikenali melalui lakonannya dalam filem Kya Kehna dan banyak lagi filem Bollywood yang lain seperti Har Dil Jo Pyaar Karega, Dil Hai Tumharaa dan Dil Chata Hai yang menaikkan namanya.
Kredit foto: Instagram
Preity mula terjebak dalam dunia lakonan pada tahun 1998, yang pada mulanya hanya menemani kawannya ke ujibakat. Kecantikan Preity yang berwajah ala Inggeris membuatkan ramai menyangka dia adalah kacukan Inggeris walhal sebenarnya kedua-dua ibu bapa Preity adalah berketurunan India.
Preity telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya iaitu Gene Goodenough pada tahun 2016 di Los Angeles dalam sebuah majlis tertutup. Suaminya merupakan seorang Senior Timbalan Presiden di NLine Energy, iaitu syarikat kuasa hidroelektrik di Amerika Syarikat.
Kredit foto: Instagram
Seperti pasangan berkahwin yang lain, Preity juga berharap dapat menyambut ulangtahun perkahwinan mereka berdua. Namun, setelah tiga tahun berkahwin, mereka masih lagi tidak dapat menyambut ulangtahun mereka.
Rupa-rupanya Preity mendedahkan bahawa tarikh perkahwinan mereka ialah 29 Februari 2016, iaitu tahun lompat. Tahun lompat hanya muncul empat tahun sekali!
Justeru, Preity dan suami terpaksa menunggu setahun lagi untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka buat pertama kali kerana tahun hadapan iaitu 2020 merupakan tahun lompat.
Kredit foto: Instagram
Bersabarlah Preity dan suami! Penantian selama empat tahun memang lama. Agak-agak ramai tak yang kahwin pada 29 Februari di Malaysia? - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak apalah.. celebrate hari2 pon okay.. yg pntg sheolss cntk sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya lah sheolls ni..dah tua pon tetap cantik glowy mowy..i minat gilaa sheolls sejak berlakon dil hai tumhara..sebab personality and aura she agak 'lain', xmacam heroin2 typical macam mahduri dixit,juhi chawla,aishu,or kareena.yg lelain macam diva2 gitu tapi preity ni macam kool2 je..watak2 pon pelbagai.kelakar boleh,sedih pon boleh.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 mesti cantik2 n handsome2 nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau pun dia kawen mat saleh. Suka tengok muka dia, manis dengan lesung pipit sebagai penyeri. Maintain cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
nishikido replied at 1-3-2019 08:14 PM
Cantiknya lah sheolls ni..dah tua pon tetap cantik glowy mowy..i minat gilaa sheolls sejak berlakon ...
Dia ni kat luar ada gossip diva belagak bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Punya la marhaen rupa laki sheols. Tapi harus duit berkepuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun lompat? Bukan tahun khinzir ke tahun ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila senyum ada iras2 Kate Prince Wills.
Sejak alter muka lain dah rupa preity. Tapi still cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
baby face yang cantik sangat. suka tengok wajah dia ni. harap cepatlah membiak umur pun dah lewat, sayang baka helok tak dibiakkan |
|
|
|
|
|
|
|
Cicisweets replied at 1-3-2019 10:09 PM
Dia ni kat luar ada gossip diva belagak bagai.
Semua Bollywood star kekwat chuolls..maksud i preity ni kool n rileks2 je macam pakaian n pembawakan diri.aktress lain macam lawa macam mana pon kuat betol bau kari,imej meenachi tu tetap melekat..tapi preity ni tak.she macam urban sikit.gitew maksud iolls |
|
|
|
|
|
|
|
glowy nya sheol.. yess betul preity ni pun mmg dah mmg anak org kaya pun.. so idok ler set2 kari, dia mmg urban gak laa.. iols pun tak sangka hubby dia mat salleh yg kayos juga.. jodoh kannnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
untung laa jadi artis... cite camni pun org nak buat artikel |
|
|
|
|
|
|
|
mak ayah dia india pure ke?
kenapa dia putih dan muka kacuk sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya sheols
Cecepat beranak, mesti anak chuols meletop kebabom yach! |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknye.. Kan best kalo i ade lesung pipit camtu jgk |
|
|
|
|
|
|
|
tarikh yang unik for the wedding bersabar sahaja menunggu tarikh itu. |
|
|
|
|
|
|
|
HujanBatuTiga replied at 1-3-2019 11:58 PM
Bila senyum ada iras2 Kate Prince Wills.
Sejak alter muka lain dah rupa preity. Tapi still cantik. ...
Betul muka before nampak lagi muda
Dan keanak anakan sekarang nampak mcm
Umur dia, she alter hidung kan??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|