Pemenang anugerah Oscar, Kevin Spacey, 59, dihadapkan di sebuah mahkamah di Massachusetts atas tuduhan meraba kemaluan seorang remaja lelaki, 18 tahun di sebuah restoran bernama Club Car pada tahun 2016. Pelakon itu mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Kredit foto: CNN
Perbicaraan dijadualkan 4 Mac depan. Hakim membenarkan permohonan Kevin untuk tidak hadir ketika perbicaraan nanti tetapi perlu sentiasa boleh dihubungi melalui panggilan telefon. Beliau juga diarahkan menjauhkan diri daripada remaja lelaki itu dan keluarganya.
Kredit foto: Facebook
Hakim turut membenarkan permintaan peguam Kevin untuk menyita telefon mangsa yang dikatakan bukti utama dalam kes tersebut. Kes ini menjadi sangat hangat dengan kehadiran media yang menjerit 'Underwood 2020!' merujuk kepada watak Kevin dalam siri TV, House of Cards.
Kredit foto: Carian Google
Skandal yang dihadapi Kevin mula-mula didedahkan oleh pelakon Anthony Rapp pada Oktober 2017 melalui laman web Buzzfeed yang menyatakan Kevin Spacey yang ketika itu berumur 26 tahun telah menindihnya dan cuba melakukan seks dengannya ketika beliau masih di bawah umur. Bagaimanapun kes ini ditolak polis memandangkan telah lama berlalu.
Kredit foto: Shutterstock
Sebulan selepas pendedahan Anthony Rapp, hos rancangan Boston TV, Heather Unruh mendakwa Kevin telah meraba kemaluan anak lelakinya yang berumur 18 tahun di Club Car. Laporan susulan beliau kepada pihak polis menyebabkan Kevin kini berdepan tuduhan skandal terbaru. Sehingga kini, lebih 30 lelaki mendakwa Kevin melakukan gangguan terhadap mereka.
Kredit foto: Reuters
Menurut kertas pertuduhan, remaja itu cuba mendapatkan gambar selfie untuk Instagram bersama Kevin selepas shift kerjanya selesai, tetapi Kevin bertindak membuka zip seluar dan merabanya. Beliau hanya melarikan diri selepas Kevin ke tandas dan seorang wanita yang melihat kejadian tersebut menggesanya pergi.
Kredit foto: sickchirpse
Menafikan perkara tersebut, peguam Kevin menyalahkan anak remaja Unruh yang katanya memutarbelit fakta. 'Remaja 18 tahun itu yang menggoda Kevin dahulu, menipu umur, minum arak dan tidak menolak apabila Kevin meraba kemaluannya selama tiga minit'. Sekiranya didapati bersalah, Kevin berhadapan hukuman maksimum 5 tahun penjara dan mendaftar sebagai pesalah seks.
Semoga keadilan ditegakkan dan pesalah dijatuhkan hukuman yang setimpal. - CARI |