Tular di Facebook apabila seorang wanita Cina bergegas memberi pertolongan cemas apabila seorang lelaki Melayu cedera selepas terjatuh dari motosikalnya.
Seorang pengguna, Mohd Farouk berkongsi mengenai kejadian itu di FBnya. Difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Loke Yew menuju ke Viva Home.
Ketika menunggu ketibaan ambulans, wanita berkenaan dipercayai dari Selayang tiba-tiba muncul dan terus memberi pertolongan cemas dan merawatnya hingga ambulans tiba.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang memuji sikap dan peribadi wanita berkenaan memberi bantuan tanpa mengira bangsa.
Farouk juga dipuji kerana menyebarkan kesedaran mengenai semangat perpaduan antara kaum.
Bagaimanapun, ramai tidak menolak bahawa fahaman politik memecahbelahkan perpaduan antara kaum.
Malah, boleh dilihat menerusi ruangan komen segelintir individu yang cuba menyemai unsur rasisme.
Kredit foto: FB Mohd Farouk
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. - CARI |