CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4227|Reply: 26

Konsert BLUE: LIVE IN MALAYSIA, Kenapa Ramai Peminat Tak Puas Hati Dengan Pengan

[Copy link]
Post time 5-3-2019 01:37 PM | Show all posts |Read mode



Kumpulan Blue yang terdiri daripada empat jejaka tampan bernama Lee Ryan, Duncan James, Antony Costa dan Simon Webbe pernah mencetuskan fenomena luar biasa di Malaysia sejak tahun 2000 lagi, malah masih diminati ramai sehinggalah sekarang.



Setelah sekian lama tidak mengadakan konsert di Malaysia, pada 3 Mac lalu, kumpulan terkenal kelahiran United Kingdom itu kembali menggegarkan Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras, Kuala Lumpur.

Kehadiran peminat setia kumpulan Blue yang dianggarkan hampir 3000 orang turut bersama memeriahkan konsert tersebut dengan sokongan padu dan sorakan yang penuh semangat. Penulis juga turut berada di sana.

Konsert dimulakan dengan lagu Sorry Seems To Be The Hardest Words sangat menggamit memori penulis dan peminat setia di situ. Biarpun tanpa kehadiran penyanyi bersama Elton John, kumpulan Blue masih mampu mendendangkan lagu tersebut dengan baik.


Seleksi lagu hits dan popular nyanyian mereka seperti One Love, Fly By, Breathe Easy, Bubblin, If You Come Back dan sebagainya turut dihiburkan oleh mereka sebagai pelengkap konsert. Lagu All Rise pula, menjadi lagu pilihan mereka untuk menutup konsert pada malam bersejarah itu.





(Sumber: Carian Internet)



Tetapi, khabarnya ramai tidak berpuas hati dengan cara dan pengendalian pihak penganjur, KC&Friends sekitar berlangsungnya konsert  itu terutama pada mereka yang membeli pakej tiket VVIP di mana mereka telah dijanjikan peluang beramah mesra dan sesi fotografi bersama kumpulan Blue sebelum konsert berlangsung.


Beberapa peminat yang sempat penulis jumpa dan berbual sama ada di dewan tersebut mahupun di laman sosial menzahirkan kekesalan mereka apabila terasa bagaikan ditipu pihak penganjur.


Mereka sebagai peminat setia telah membayar sejumlah harga yang agak tinggi untuk peluang keemasan itu, tetapi rupanya ia hanyalah "indah khabar dari rupa". Penulis yang turut terlibat di dalam acara "meet and greet" juga merasakan perasaan serupa.


Peluang bergambar dan beramah mesra tidaklah seindah yang diimpikan. Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik menunggu dengan hati berbunga-bunga untuk bertanyakan khabar kumpulan itu disertai harapan untuk bergambar secara solo dengan kumpulan tersebut bertukar sebaliknya.


Pihak penganjur memaklumkan kami beberapa perkara sebelum masuk berjumpa mereka. Di antaranya, kami tidak boleh beramah mesra dengan anggota kumpulan dan perlu bergambar secara berkumpulan.


Kami diasingkan kepada beberapa kumpulan yang setiap satunya berjumlah 10 orang, tanpa mengenali di antara satu sama lain tetapi perlu bergambar bersama. Bayangkan 10 orang asing di dalam satu gambar bersama idola anda? Sangat janggal! Dan hasil fotonya pula adalah amat mengecewakan.


Komen amarah yang dizahirkan menerusi Facebook rasmi mereka setelah tamatnya konsert berlangsung, serta merta dipadam oleh admin yang mengendalikan ruang tersebut. Berikut merupakan beberapa komen yang sempat dirakam penulis.








(sumber : Facebook)



Foto dan video Kilafairy berpelukan bersama setiap anggota kumpulan Blue ketika melakukan "meet & greet" yang menjadi tular di laman sosial pula semakin menaikkan amarah peminat kumpulan Blue yang telah membayar harga tinggi untuk sesi tersebut.


Manakan tidak, artis-artis dilayan seperti VVIP sedangkan mereka langsung tidak mengeluarkan waima sesen sekalipun untuk mengambil pakej tersebut. Sudahlah bertaraf suam-suam kuku sahaja.





(sumber: Instagram)



Bukan itu sahaja, pihak penganjur turut memadamkan beberapa gambar "meet & greet" secara solo oleh selebriti-selebriti Malaysia yang kurang popular terbabit dari laman berkenaan selepas menyedari kemarahan peminat-peminat setia kumpulan ini semakin memuncak.


Calvin, jurucakap kepada pihak penganjur mengeluarkan kenyataan kepada salah seorang peminat di laman Facebook melalui "direct message" di mana itu semua berlaku adalah di atas kehendak kumpulan Blue sendiri.


Wakil pihak penganjur pula masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara rasmi setakat ini.


Apa kata anda? Salah penganjur atau salah kumpulan Blue tersebut? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 03:35 PM | Show all posts
still relevan ke BLUE ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg ptutlah diorg mrh.. byr mhei2 alih jd sprti tue.. retis yg sendu xbyar pape blh plak jmpe personally..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 03:54 PM | Show all posts
hahahah gred c celebs tu lawak
nangis reti tu baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
BerbiriOren replied at 5-3-2019 03:35 PM
still relevan ke BLUE ni?

Of coz. Lagu diorg smua best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kaklong32 replied at 5-3-2019 03:54 PM
hahahah gred c celebs tu lawak
nangis reti tu baca

Tu pun seb baik dpt gred gak kah3.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2019 04:10 PM | Show all posts
ohh macam tu rupanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis cap ayam pun nak cemburu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis gred c free2 je dpt brgambar siap boleh peluk &kiss lg.
Fans byr RM600 dpt group photo jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Juju89 replied at 5-3-2019 04:10 PM
ohh macam tu rupanya.

Gitulah uolssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 5-3-2019 04:23 PM
Artis gred c free2 je dpt brgambar siap boleh peluk &kiss lg.
Fans byr RM600 dpt group photo jah


Kan.. Sakit aty woo. Skrg ni mmg fans tgh mengamuk. Blh baca kt laman fb diorg, KC&friends.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 05:23 PM | Show all posts
tingat masa zaman sekolah tgh tengok kaset kt basten kuala trg..
datang sorang laki ni, pakai baju sekolah. Kak!! CD Blue ada?
gila mintak cd blue laung2 camtu..
rupanyer dia nak beli CD grup ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2019 05:36 PM | Show all posts
xleh mintak balik eh duit? huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 5-3-2019 05:23 PM
tingat masa zaman sekolah tgh tengok kaset kt basten kuala trg..
datang sorang laki ni, pakai baju  ...

Hahaha trgelak2 iols baca cite ni kah3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2019 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
milanhawkin replied at 5-3-2019 05:36 PM
xleh mintak balik eh duit? huhuhu

X nak refund..  Nk diorg bwk blk kump Blue tgkp gamba blk dgn kitorg.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal muka semua mcm gay????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2019 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 6-3-2019 01:01 AM
Apsal muka semua mcm gay????

Kah3. Duncan je yg gay.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 10:23 AM | Show all posts
Iols minat gilerrrr BLUE ni dari dulu sampai sekarang. Lagu deyols best best
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannnn..klu aq pun kecewa xdpt wefie da bayo mahei2
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 04:01 PM | Show all posts
Si Lee tu dulu punya lawo sekarang dah mengelebeh.. Duncan pun sama kecuali mamat kulit hitam tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.083268 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list