CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1635|Reply: 8

Lelaki Kena Demam Campak Ditahan Kerana Curi Keluar Pergi Gim Selepas Dikuaranti

[Copy link]
Post time 7-3-2019 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang diarahkan untuk dikuarantin di rumah kerana demam campak ditahan polis selepas didapati melanggar arahan itu.


Menurut USA Today, Jeffrey Murawski, 57, dikatakan keluar dari rumahnya untuk pergi ke pusat gimnasium walaupun sudah diarahkan doktor untuk berada di rumah sehingga pulih kerana dikhuatiri menjangkiti orang lain.


Arahan kuarantin itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa gagal mengesahkan sama ada dia sudah mengambil suntikan vaksin atau tidak.




Gambar Hiasan




Dalam kejadian 1 Mei tahun lalu, Murawski dihantar ke pusat kecergasan di Milwaukee, Wisconsin, oleh isterinya sementara dia bersembunyi di bahagian belakang kenderaan itu supaya tidak kelihatan oleh timbalan sheriff yang ditempatkan di luar rumahnya.


Tindakan Murawski dan isteri, Christine Bennett, 58, keluar rumah menyebabkan mereka berdepan tuduhan kerana mendedahkan komuniti terhadap risiko dijangkiti virus berbahaya itu.


Lelaki itu ditahan sebaik timbalan sheriff terbabit menyedari dia berada di luar rumah walaupun diarahkan Jabatan Kesihatan Daerah Waukesha untuk berada di rumah sehingga pulih.


Murawski diarahkan supaya dikuarantin di rumah 24 jam sehari, sehingga 7 Mei 2018 atau sehingga dia dianggap tidak berisiko menjangkiti orang lain.


Apabila disoal siasat, lelaki itu meminta maaf dan berkata, dia tidak tahan terperap di rumah tanpa melakukan apa-apa.




Gambar Hiasan




Murawski dikatakan hanya meluangkan masa selama beberapa minit di gim berkenaan sebelum berasa tidak sedap badan.


Pihak berkuasa tempatan bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang mengapa seorang timbalan sheriff ditempatkan di luar rumah Murwaski atau sekiranya ia langkah biasa diambil terhadap mereka yang dikuarantin. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo jd kt aini nak lapor kt saper? Penah aju gi shopping n kolam ada parents yg cerodik bwk anak yg kena campak main2 plak kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap Malaysia ada undang-undang gini
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kelakar sampai timb. sheriff kena jd guard  tp bagus la langkah2 mencegah jangkitan wabak tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia pun sama. Di bawah akta CDC.  Kalau engkar arahan, polis boleh masuk campur.

Contohnya ada kes tibi, sorang patient engkar makan ubat. Semua cara dah dilakukan. Last2 bawak polis angkut pergi lokap. Kat lokap baru makan ubat sebab kena monitor 24 jam

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mina2215 replied at 7-3-2019 07:56 PM
Kat Malaysia pun sama. Di bawah akta CDC.  Kalau engkar arahan, polis boleh masuk campur.

Contoh ...

Malaysia ni undang2 Ada tapi penguatkuasa tu kurang..kakitangan Kerajaan Paling ramai di dunia, kuatkuasa undang2 takda jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2019 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik kan? Dah anak dpt cuti kuarantin.. duduk je dendiam kat umah.. tapi takkkkk.. sibuk nak bawakkk pegi sane sini.. xpahammm meols dgn org camni.. xde rase timbanh rasa kat org lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2019 04:30 PM | Show all posts
kat rumah takleh work out ke? nyusahkan org je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2019 04:44 PM | Show all posts
ada sesetengah parent gitu lah..amik mudah jer.
tp kesan kat anak2 org lain tak fikir..fikir sendiri jer..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055115 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list