Bandar Taiping sekali lagi mencipta sejarah tersenarai dalam Senarai 100 Bandar Lestari Terbaik Dunia dengan memegang kedudukan ketiga.
Tersenarai selepas bandar Ljubljana (Slovenia) dan Vancouver (Kanada), kemenangan itu disampaikan melalui emel kepada Presiden Perbandaran Taiping, Datuk Rahim Md Ariff dan disampaikan pada 7 Mac 2019 semasa Majlis Pusat Pelancongan Bahasa ITB (Internationale Tourismus-Borse) di Berlin.
Kemenangan yang dipilih Yayasan Destinasi Hijau iaitu sebuah badan non-profit untuk pelancongan lestari bulan Disember 2019.
Sebelum ini Malaysia pernah merangkul beberapa anugerah, antaranya Pengurus Destinasi Terbaik 2016, Standard Pelancong Bersih Asean 2017, Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017, dan Anugerah Majlis Pelancongan Malaysia 2018.
Kredit foto: Carian internet
Taiping juga sebelum ini pernah tersenarai sebagai Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia 2018 pada Disember lalu.
Kemenangan ini membuktikan bahawa Malaysia tidak kurang hebatnya di mata dunia kan?
Maka, berbanggalah kita sebagai warga Taiping dan Malaysia. Hidup Tepen, hidup Malaysia! - CARI
Sumber: Malay Mail |