Semalam di instagram @makcik_puaka, heboh mengenai hubungan rumah tangga artis kacak Malaysia, Keith Foo tidak lagi bersama dengan isterinya , Kim Raymond. Berita ini diketahui menerusi komen di instagram Keith Foo itu sendiri apabila seorang peminat menanyakan kenapa Keith Foo dan Kim kelihatan seperti tidak hidup sebumbung lagi.
Namun, terdapat pengguna instagram lain yang membalas pertanyaan tersebut dengan mengatakan bahawa Keith Foo dan Kim kini tidak lagi bersama dan masih bersahabat baik. Rata - rata peminat berasa terkejut dengan berita tersebut. Jika benar, amatlah tidak disangka kerana Keith dan isterinya kelihatan seperti keluarga bahagia dan tidak mempunyai masalah. Malah tiada gosip murahan mengenai berantaknya rumah tangga yang dibina.
Keith Foo dan Kim Raymond telah berkahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Skylar Raymond Foo pada Mei 2017. Mengenai desas desus ini, Keith dan Kim masih belum memberi kenyataan mengenai status mereka. Doakan yang baik - baik! - CARI
|