Heboh diperkatakan apabila pengarah A. Aida meminta mereka yang tidak mempunyai paras rupa yang menarik untuk tidak hadir ke uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).
Menerusi kenyataannya di Harian Metro, A.Aida menyatakan walaupun golongan yang tidak mempunyai pakej lengkap ini berusaha dan berbakat dalam lakonan, mereka tetap tidak akan terpilih waima sebagai pelakon tambahan sambil menambah ianya sebagai membuang masa sahaja.
Kenyataan A.Aida tersebut bukan sahaja mengundang amarah netizen, malah turut menarik perhatian primadona Ogy Ahmad Daud, yang tidak bersetuju dengan kenyataan A.Aida tersebut dan menganggap rakan seperjuangannya itu sebagai menghina ciptaan Tuhan.
Kredit foto : Ig Ogy Ahmad Daud
Ramai yang bersetuju dengan Ogy dan memuji primadona itu yang tidak pernah bersandarkan pada paras rupa dalam menggilap bakat pelakon baru.
Rupa bukan segalanya, yang penting bakat..
Kredit foto : Ig Ogy Ahmad Daud
Rasanya sekarang ni penonton tidak terlalu mengambil kira rupa paras, yang penting mempunyai bakat dalam lakonan. Rupa tu, kalau dah di'groom' dengan baik, InshaAllah boleh menonjol juga. Ada duit, semua boleh jadi. Betul tak? -CARI |