|
Bercakap tentang Sepahtu, pasti ramai yang mengenali pasangan pelawak ini yang dianggotai oleh dua jejaka yang berasal dari Johor, iaitu Shahmira Muhammad (lebih dikenali sebagai Shuib) dan Mohd Nadzri Zainal Abidin (lebih dikenali sebagai Jep). Sepanjang bergelar pelawak tersohor di Malaysia, lawak jenaka Sepahtu jarang mengecewakan dan seringkali menghiburkan, baik di kaca TV mahupun di radio.
Namun kejayaan yang dikecapi Sepahtu kini bukanlah semudah yang dilihat.
Menerusi post Instagram baru-baru ini, Shuib telah menitip sebuah catatan yang menyentuh hati mengenai susah senang yang dilaluinya bersama-sama Jep sebelum Sepahtu dikenali.
Perkongsian yang mendapat lebih 40,000 tanda suka itu antara lain menyatakan tentang nama 'Shuib' yang digunapakai sehingga kini merupakan nama gelaran yang diberi sendiri oleh Jep dari awal perkenalan mereka yang kini mencapai hampir belasan tahun.
"Kenal hampir belasan tahun,dr kami hanya punya cita2 utk semua yg ada skrg,cita2 nak jadi artis tersohor kononnya...😂,Semuanya terjadi dlm sekelip mata.. Semuanya dgn izin Allah swt.Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu,nama “Shuib” dia yg bg dan lekat smpi skrg.. "
"Dia kata nama tu sesuai utk aku...Lalu susah sama2,keje tmpt yg sama,pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi,tgk cabin crew tarik beg naik kapal,,,putih mata sbb hanya mampu cakap “hi” 😂..."
"Masih pegang cita2 dan impian yg sama,panjat audition sana sini lebih dr lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yg dua budak ni akan pegi KL dan menetap di KL... Rezeki tak salah alamat,dia smpi mesti smpi,2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kawin,aku anak 3 dan dia dah kawin dan ade anak jugak," tulisnya.
Mengimbau pelbagai kenangan bersama, Shuib menutup tulisannya dengan ungkapan yang lebih syahdu apabila menyatakan betapa tidak ternilainya talian persahabatan di antara mereka.
"Terlalu byk perkara yg dikongsi bersama,,, Dan yg paling MAHAL adalah persahabatan yg semakin matang dr byk sudut!!! Terima kasih Allah pertemukan dgn insan hebat ini @jepsepahtu ,,, jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tp gambar ini seakan “sesuatu”...Sesuatu yg pastinya adalah hukum alam... Pasti dan pasti tp tak tau siapa... Tp yg pasti dan pasti,,, siapa pon antara kita pergi dahulu,kenangan kita,susah senang,gelak tawa,bertekak bergaduh,jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini... SAHABAT DUNIA AKHIRAT INSYAALLAH,,, “SEPAHTU.... DUA YG MENYATU," tulisnya lagi.
Pelbagai reaksi yang diberikan oleh rakan selebriti dan peminat terhadap post berkenaan dan yang paling menarik perhatian adalah respon daripada Jep sendiri yang ringkas dan mendalam, "Kita perlu pulangkan semua sebelum kita pulang. Atas dzatNya yang maha Rahman kita berada disini. Sebuah cita-cita dongeng yang diizinkan 😊. Semoga sentiasa dalam redup rahmatNya sahabat @shuibsepahtu." -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|