View: 2473|Reply: 13
|
Wanita, Bayi Maut Selepas Cuba Melahirkan Berpandu YouTube
[Copy link]
|
|
Seorang wanita di India maut selepas cuba melahirkan anaknya berpandukan video di YouTube, lapor Mirror.
Gambar Hiasan
Menurut media tempatan, tindakannya itu didorong perasaan bimbang terhadap stigma masyarakat setempat kerana bersalin sebelum berkahwin.
Mayat kedua-dua ibu dan anak itu ditemui di sebuah bilik di Gorakhpur, Uttar Pradesh yang disewanya beberapa hari lalu.
Mayat mereka ditemui selepas jirannya memaklumkan kepada pemilik rumah bahawa mereka melihat darah mengalir keluar dari bilik mangsa pada pagi Isnin, kata polis kepada Hindustan Times.
Pemilik rumah itu kemudian memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum menemui beberapa peralatan seperti gunting, pisau dan benang berhampiran mayat bersama sebuah telefon pintar.
Siasatan awal mendapati wanita berkenaan menonton sebuah video bertajuk 'how to deliver baby by self' dan beberapa video serupa mengenai proses bersalin di YouTube.
Kredit foto: Mirror
Menurut jurucakap polis, Ravi Rai berkata, pihaknya percaya wanita itu cuba melahirkan bayinya sendiri pada malam Ahad iaitu empat hari selepas menyewa bilik berkenaan.
Selain itu, mereka juga percaya wanita dari Bahraich terbabit mahu mengelak stigma masyarakat setempat kerana memiliki anak sebelum berkahwin.
Difahamkan, pada hari mangsa ingin menyewa bilik berkenaan, dia memaklumkan pemilik rumah bahawa ibunya akan tiba untuk menghantarnya ke hospital apabila mahu melahirkan.
Mayat mangsa akan dihantar kepada keluarganya selepas bedah siasat dilakukan. Keluarga mangsa bagaimanapun enggan membuat laporan polis mengenai kejadian. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya hidup dia ni....kene rogol ke apa sampai malu nk pi hospital |
|
|
|
|
|
|
|
Ayoom ko ingat main masak2 ke tgok kat youtube jah... |
|
|
|
|
|
|
|
takkan kau nak gunting, jahit sendiri kot bawah tu nak beranak DIY pelbagai |
|
|
|
|
|
|
|
sungguh terdesak.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya hanya kerana takut stigma masyarakat... |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi kasihannya. Parents kena monitor anak dan pastikan anak close dengan kita. Kalau perkara sebegini terjadi mereka berani mengadu dan meminta pertolongan. I think perempuan ni tumpah darah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya laaa jd mcm ni.. Kalau dia mangsa rogol, tapi dia yg hidup tanggung malu.. Dh la puak2 sana tu rogol sumbang mahram mmg berleluasa.. Watever pun, this is not the right way to end up your own life. |
|
|
|
|
|
|
|
adehhhh x ter 'imagine' aku cam ne nk gunting sendri, jahit sendiri?? doc pon belajar bertahun2 nk 'menjahit' pesakit...adeh...adeh... ngilu aku aiihhh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Doula mana la yg dia folo tgk kt yutiub tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri sungguh baca preparation si mati ni
Mula td masuk nak hencap sebab buat pandai2 sdr
Kesian...hadap problem berseorangan rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia..
semoga rohnya tenang di sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kena rogol jgn laaaa simpan sorang2, tolong buat laporan. jadi MANGSA kot, sempat lg fikir malu, ni perogol aman2 jah kat luar. mujur baru kalau tak kena report. tapi kalau buat suka sama suka, hmm..masa buat tak ingat masa depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah kesian pulak mcm gini, kurang2nya dia x bunuh anaknya..usaha jugak nak melahirkan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|