|
Adik salah seorang ahli kumpulan One Direction, Louis Tomlinson ditemui mati di rumahnya disyaki akibat serangan jantung.
Kematian tragik Félicité, 18, yang merupakan pereka fesyen dan bintang Instagram itu berlaku hanya tiga tahun selepas kematian ibu mereka, Johannah Deakin akibat Leukemia.
Menurut sumber terdekat, Louis yang kelihatan bersedih dan tertekan memuji adiknya sebagai seorang yang 'disukai ramai, penyayang, ceria dan cantik'.
Félicité disyaki mengalami serangan jantung di kediamannya di Earls Court di barat London, tengah hari Rabu lalu.
Difahamkan, polis tidak menemui sebarang tanda penggunaan dadah di tempat kejadian. Mereka kini sedang dalam proses memaklumkan waris terdekat.
Bedah siasat dan ujian toksikologi akan dijalankan bagi mendapatkan punca kematian Félicité yang juga mesra disapa sebagai Fizzy.
Menurut jurucakap polis, mereka dihubungi Servis Ambulans London pada jam 12.52 tengah hari, di mana Félicité disahkan meninggal di tempat kejadian.
Louis, 27, sedang bekerja sewaktu dimaklumkan berita kematian adik kesayangannya itu. Selain Louis, mendiang meninggalkan seorang kakak, Charlotte (Lottie), adik kembar Daisy dan Phoebe, serta kembar bongsu Ernest dan Doris. - CARI |
|