Sepupu kepada Brenton Tarrant, pengganas yang melakukan tembakan rambang paling mengerikan dalam sejarah New Zealand berkata, saudarnya itu memiliki pemikiran yang tidak waras dan layak untuk mati.
Donna Cox yang berasal dari New South Wales Australia itu menyatakan ia adalah sesuatu yang menyakitkan untuk mempunyai pertalian darah dengan Tarrant selepas dia membunuh 50 jemaah Islam di Christchurch Jumaat lepas.
Cox (kiri), Tarrant (kanan), Kredit foto: Daily Mail
Daily Mail melaporkan, Tarrant yang dihadapkan ke mahkamah mampu lagi tersenyum sinis dan menunjukkan tanda supremasi orang putih ketika didakwa melakukan pembunuhan.
Kini lebih banyak dakwaan akan dikenakan ke atasnya dan ramai saudara penggana sini mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukannya.
Coz berkata, "Lihat apa yang dia telah buat pada keluarganya. Keluarga yang dihormati, ibunya, bapanya, dipandang tinggi dalam komuniti di sini.
"Dia tidak dibesarkan begiru, tapi saya bukan nak mempertahankannya. Klaau boleh, saya nak bertanya kepadanya kenapa dia buat begiti.
"Otaknya tidak betul."
Kredit foto: Daily Mail
Tambahnya Tarrant memang obses dengan senjata api dan permainan video ganas sejak kecil.
Bapanya adalah bekas pengutip sampah dan mati akibat kanser pada 2010.
Selepas kehilangan bapa, Tarrant mula mengembara ke Eropah.
Kini pihak berkuasa Turki dan Bulgaria sedang menyiasat sejarah perjalanannya, sama ada dia ada motif tersembunyi kerana kerap berkunjung ke dua negara tersebut dalam tempoh masa tujuh tahun.
Tarrant akan dihadapkan semula ke Mahkamah Tinggi New Zealand pada 5 April.
"Saya tak tahu apa yang layak untuknya. Dia patut diberikan hukuman mati di atas apa yang dilakukannya." -CARI |