View: 2167|Reply: 7
|
Kanak-Kanak Selamat Tembakan Di Masjid Christchurch Kerana Dilindungi Ayah
[Copy link]
|
|
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingnya. Kata-kata ini terbukti dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Christchurch apabila seorang ayah, Zulfirman Syah dikatakan mendakap anak lelakinya berumur dua tahun sehingga kanak-kanak itu selamat dengan hanya kecederaan kecil.
Kredit foto: Facebook
Menurut Alta Marie, isteri kepada Zulfirman dalam satu status Facebooknya, beliau sedang memasak di dapur pada hari kejadian dan menerima panggilan telefon daripada suaminya bahawa terdapat kejadian menembak di masjid Linwood Islamic Center di mana Zulfirman dan anaknya sedang menghadiri solat Jumaat.
Kredit foto: Facebook
Alta menyatakan anak mereka, Averroes berada dalam keadaan selamat dengan luka kecil kerana suaminya mendakap dan melindunginya daripada tembakan. Bagaimanapun Zulfirman tidak bernasib baik kerana beberapa tembakan mengenai badannya dan paru-parunya dikatakan cedera.
Kredit foto: GoFundMe
Mengulas keadaan mereka, Alta memberitahu Zulfirman dan anaknya kini masih berada di hospital untuk rawatan rapi. "Saya tidak tahu bila Zul dan Averroes akan dibenarkan keluar atau dipindahkan dari unit rawatan rapi tetapi kini mereka dalam keadaan stabil," tambahnya.
Kredit foto: Facebook
Susulan itu, Jodi Puhalla, seorang rakan kepada keluarga itu telah memulakan sebuah laman GoFundMe untuk sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini. Menurut Jodi, keluarga tersebut memerlukan sumbangan kerana Zulfirman tidak dapat bekerja buat masa ini atas kecederaannya dan Alta juga terpaksa bercuti untuk menjaga kedua-dua ahli keluarganya.
Sekiranya anda ingin menderma, boleh le laman GoFundMe ini: Help Young Family Victimized by Terrorist Attack - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada tertengok video yang lepas kejadian tembak menembak tu, rasanya dia ni lah yang terbaring sebelah tangan pegang phone, sebelah tangan lagi pegang anak dia, semoga cepat sembuh kedua2 nya. |
|
|
|
|
|
|
|
"White power" tu pada i cam bill gates mark zuckerberg. Duduk di atas. Powerful kaya raya ramai org sanjung hormat jadi idola.
Ni nama je white power tapi cas je lebih hujung mereput ko dalam penjara. Kalau mereput dalam penjara jadah powernya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah kulit putih pun dah rasa terdesak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni lebih kurang yang isterinya hadang peluru dari kena suami dia yang guna kerusi roda tu. meninggal isteri dia |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh apaknya.. anak pun mesti terkejut |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..kasih seorang ayah ..bdk ni mesti fobia kannn...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
kesian budak ni....memori pahit hidup dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|