Siapa tidak mengamuk jika orang mengambil kesempatan di atas niat baik kita. Menerusi Instagram Aaron Aziz, pelakon itu memuat naik dua video berikutan ditipu scammer yang kononnya untuk membantu bayi menghidap kanser.
Marah dengan penipuan itu, pelakon berkenaan bergegas membuat laporan polis dan meminta pengikutnya berbuat sama jika sudah 'menderma' ke akaun terbabit.
Dalam satu video lain, Aaron turut menggesa pengikutnya yang masih belum membuat laporan untuk berbuat demikian bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan dan mengesan aktiviti kemasukan wang haram itu.
Aaron sebelum ini berkongsi gambar seorang bayi yang menghidap kanser dan memerlukan sumbangan untuk menampung kos rawatan.
Difahamkan, gambar yang diambil dari Facebook Persatuan Kebajikan Kanser Bersatu Malaysia itu kemudian dipadamnya selepas menyedari ia suatu penipuan dilakukan sebuah sindiket.
Aaron kecewa dan terkilan kerana terjebak dalam penipuan itu walaupun sudah berhati-hati dan menyemak kesahihan posting berkenaan.
Bertabahlah Aaron, semoga mangsa penipuan lain membuat laporan di balai berhampiran bagi memudahkan siasatan polis. - CARI
|