Jika dibuat kajian 20 atau 30 tahun lalu mengenai isu yang sering membimbangkan ibu bapa kita, pasti ramai akan mengatakan isu ekonomi, keluarga ataupun pekerjaan. Berlainan pula dengan golongan millennial atau remaja masa kini.
Kredit foto: Carian Google
Dalam satu kaji selidik dijalankan sebuah syarikat CDB Endoca dan OnePoll yang melibatkan 2000 responden daripada golongan millennial (lahir tahun 1980an hingga 2000an), lebih 58 peratus berkata, hidup mereka rasanya lebih membebankan berbanding dahulu.
Kredit foto: Carian Google
Ramai yang mengeluh kerana tidak dapat mengawal tekanan hidup dengan baik. Uniknya, kebanyakan daripada masalah dan tekanan hidup mereka berkisar sekitar telefon pintar, teknologi digital dan media sosial.
Kredit foto: Carian Google
Menurut dapatan kajian itu, masalah paling mengerikan adalah kehilangan dompet dan kad kredit, diikuti pergaduhan dengan pasangan dan kesesakan jalan raya serta kehilangan telefon.
Kredit foto: Carian Google
Ini 10 masalah utama golongan millennial masa kini;
Kredit foto: DailyMail UK
Menariknya, walaupun tidak disenaraikan dalam Top 10, masalah lain yang dinyatakan punca stres termasuklah posting di media sosial yang tidak mendapat likes.
Kajian itu juga mendapati bahawa golongan ini menangani tekanan dengan tidur (41%), mencari penyelesaian (36%) dan bersukan (33%).
Kesimpulannya, kajian ini mendapati semakin ramai golongan yang hidupnya berpaksikan telefon pintar. Mereka tidak lagi dapat hidup dengan selesa tanpa kemudahan teknologi ini. - CARI |