View: 6608|Reply: 56
|
Kawan kena 'remove', kau yang marah...
[Copy link]
|
|
Kawan kena 'remove', kau yang marah...
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
[email protected]
BERANG apabila dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp, lelaki bertindak membelasah ahli jawatankuasa masjid di Sendayan, Seremban, semalam. Pada kejadian 1.45 tengah hari itu, mangsa berusia 61 tahun cedera di muka dan perut akibat diterajang lelaki berusia 40-an.
Sumber polis berkata, mangsa menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum didatangi lelaki itu dalam keadaan marah.
“Suspek dikatakan tidak berpuas hati dan bertanyakan sebab dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp.
“Mangsa memaklumkan mengeluarkan nombor telefon itu kerana mereka sering berkongsi mengenai kontroversi politik yang tiada kesudahan. Berang dengan tindakan itu, suspek menumbuk muka dan menendang mangsa,” katanya.
Katanya, beberapa jemaah yang menyaksikan kejadian membantu meleraikan pergaduhan.
Sumber berkata, mangsa yang cedera membuat laporan di Balai Polis Mambau, di sini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Mohd Rosli Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
Katanya, kes diselesaikan secara baik membabitkan kedua-dua pihak.
“Polis tidak membuka kertas siasatan kerana mereka sudah menyelesaikan kes secara baik,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2019 @ 12:49 PM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
perangai bodoh macam neh pung akan jumpa kat grup wassap kelas anak kat sekolah.
asal ada grup wassap dia lah champion |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki Belasah AJK Masjid Sebab 'Remove' 2 Kawan Dari WhatsApp
Seorang lelaki membelasah ahli jawatankuasa masjid di Sendayan, Seremban selepas mendapati dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp.
Gambar Hiasan
Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku 1.45 tengah hari, semalam itu menyebabkan mangsa berusia 61 tahun cedera di muka dan perut akibat diterajang suspek.
Menurut sumber polis, suspek berusia 40-an itu mendatangi suspek yang sedang menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum bertanyakan kenapa dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan.
Mangsa kemudian menjelaskan tindakannya dibuat selepas mendapati dua individu terbabit sering berkongsi mengenai kontroversi politik di kumpulan WhatsApp itu.
Jawapannya itu bagaimanapun membuat suspek naik berang dan bertindak menumbuk muka serta menendang mangsa sebelum dileraikan beberapa jemaah di situ.
Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Mambau, namun polis tidak membuka kertas siasatan kerana mereka sudah menyelesaikan kes secara baik. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang mejengkelkan bila asyik post pasal politik tak kisah side mana. |
|
|
|
|
|
|
|
orang gini patut diharamkan dari guna smartphone. biar dia guna nokia 3310 jah. dak pon request kat wasep/mcmc supaya ban nombo dia & tak boleh register wasep |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 ni, bawa2 la senonoh skit perangai tu
Benda kecik2 pun nak berentam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wajaman at 21-3-2019 02:31 PM
setuju dengan statement ni...
dua group darjah satu cikgu petang dan pagi create,mak bpk bbnu ni buat cikgu macam hamba...
'Cikgu,tlg tgk anak sy'
'cikgu,ambil gamba anak sy tgh buat apa tu'yada yada
jadual kelas pn suh cgu photostat padahal kt website sekolah dah dishared jadual tu,tinggal download dan print je..
babi btul,end up aku left dua2 group tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
bila dah tua2 nak main wasap, gini lah jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
hamboi pakcik... dah usia 40an pun mcm budak2 belum abis sekolah...
baik ngaji semua pakcik... dahla belasah org ahli jawatankuasa masjid.
nampak sangat masuk grup konon2 nak mengimarahkan masjid, padehal nak marah2 orang tu
kalau tak dapat nak kontrol kemarahan tu, pegi cuci toilet masjid tu..atleast dapat pahala |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita Metro ni tak lengkap sebenarnya..Orang tua yang kena tumbuk tu rentap baju orang yang memukul sampai koyak.Sebab tu orang yang menumbuk hilang pertimbangan.Dan orang tua yang kena tumbuk tu yang maki hamun sumpah seranah dulu..Dan hal gaduh ni bukan punca Whatsapp je.Pandai Metro sensasikan berita hahaha
Dalam Metro pun tak tulis,lepas orang tua tu kena tumbuk,orang tua ni balas dendam gi hantar 10 orang samseng kampung belasah orang yang tumbuk dia tu.
Dan yang kena belasah dengan 10 orang tu pilih jalan berdamai taknak panjangkan lagi hal.Settle.
Sebab tu tetiba tarik report balik.
Hahaha...sekian...dari saksi yg ada ditempat kejadian. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa.. panjang jugak kisahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua pun tak blh nk elokkn perangai....
Ramai aku tgok ahli masjid, lg tua lagi baran.....tau lah dah andropouse, tapi control le baran tu sikit..... |
|
|
|
|
|
|
|
malas gak asyik2 share psl politik padahal admin dah ingatkan awal2..
tak nak share2 psl politik dgn jual beli..ada yg sentap sdr left grup gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa ler....
wartawan malaysia......
|
|
|
|
|
|
|
|
Ganas ahli jawatan mesjid siap hantar 10 orang pergi pukul orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 21-3-2019 03:54 PM
Ganas ahli jawatan mesjid siap hantar 10 orang pergi pukul orang.
Samseng tu menantu dia and the gang hehe |
|
|
|
|
|
|
|
elok dah datang ke masjid rupanya nak cari gaduh |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni dlm grup whatsapp mmg dah dilabel kaki tegur org sampai ramai yang kecik hati & nyampah kat aku kut. habis .. udah asyik nak forward post2 ttg politik lepas tu .. bertekak. gaduh. tuduh menuduh. tak cukup dgn kaki post pasal politik ... ada pulak yang kaki forward apa2 post ngarut yang lbh byk tak betul dari betul. aku tegur laaa. aku mmg nyampah la post2 gitu. rasa mcm nak remove je umat2 yang perangai cam tu. tapi tak de la sampai buat cam tu. contoh terbaru, sorang member post video yang kononnya sel kanser tu. padahal video tu dulu pernah ada kawan post and another fren dah bagi fakta sebenar to confirm that itu bukan sel kanser. still jgk nak ulang siar benda2 bodoh cenggitu. banyak kali la dia post benda2 ngarut cam tu. ee tak padan dgn umur |
|
|
|
|
|
|
| |
|