Tragedi tembakan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu masih lagi dalam ingatan kerana kejadian itu mengorbankan 50 nyawa. Serangan itu dikategorikan satu bentuk keganasan oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern dan menjadi detik hitam dalam sejarah negara itu.
Kredit foto: Facebook
Banyak ucapan takziah telah disampaikan kepada keluarga mangsa dan komuniti Muslim termasuk pemimpin-pemimpin seluruh dunia. Malahan, Perdana Menteri New Zealand menjadi antara orang pertama menandatangani buku ucapan takziah di Wellington Isnin lalu.
Menurut sumber berita ABC News, beliau menulis ucapan "Bagi pihak rakyat New Zealand, kami turut berdukacita, kamu semua adalah sebahagian daripada keluarga besar kami."
Kredit foto: Carian Google
Dalam satu lagi tanda solidariti kepada komuniti Muslim, "Hari Hijab Kebangsaan" akan diadakan pada Jumaat ini 22 Mac di mana semua wanita New Zealand dijemput memakai hijab sebagai satu bentuk sokongan kepada keluarga yang ditimpa tragedi di Christchurch itu. Program itu dianjurkan oleh sebuah kumpulan Facebook "Scarves in Solidarity".
Kredit foto: Carian Google
Dalam sebuah status yang dimuanaik di lama mereka, Admin kumpulan Facebook itu menggesa semua rakyat New Zealand tidak kira agama dan kaum untuk menegnakan hijab ke sekolah atau gereja sebagai tanda sokongan. "Kongsikan gambar anda berhijab dan tunjukkan KITA ADALAH SATU," kata pesanan itu.
Kredit foto: Twitter
Program itu mendapat banyak sokongan yang positif dan ramai netizen memberikan bahawa ini adalah satu respon yang baik untuk menunjukkan tanda solidariti kepada komuniti Muslim seluruh dunia. - CARI |