|
Lagi orang menyampah, lagi Nabil Ahmad bersyukur sebab lagu nyanyiannya yang berjudul Pening kini sudah meraih hampir 1.3 juta tontonan.
Katanya segala kritikan dan orang ramai yang mempersendakan tentang bakat nyanyiannya ternyata memberikan impak kerana video tersebut telah dikongsi ramai dan mendapat sambutan peminat.
"Gara-gara orang menyampah, tontonan klip video Pening melonjak melebihi sejuta kali disebabkan masing-masing mahu mengetahui sejauh mana kritikan dilemparkan mereka yang pernah menontonnya.
"Saya tidak kisah pun kerana sejak awal menghasilkan lagu ini, saya sudah bersedia untuk berdepan cemuhan. Malah, bagi saya, lebih ramai orang menyampah, bertambah tinggi kebarangkalian nyanyian saya diperkatakan.
" ada masa sama, kita kena sentiasa berfikiran positif kerana kelompok yang memberikan komen membina juga setara, sekali gus membuktikan lagu ini tetap menerima pujian," katanya kepada Berita Harian.
Segala cemuhan tidak mematahkan semangatnya untuk menerbitkan single kedua dalam masa terdekat.
Foto: NST
"Sebelum ini, memang ramai rakan seangkatan (pelawak lain) tampil dengan single, tetapi dendangan saya berbeza. Selepas Pening, saya mahu menumpukan perhatian terhadap dendangan komedi.
"elawak dahulu juga pernah muncul dengan lagu sebegini, termasuk Jalil Hamid, Allahyarham Din Beramboi dan Shamsul Ghau Ghau, yang memang bertepatan dengan identiti masing-masing. Jadi saya ingin menyambung usaha mereka," tambahnya. -CARI
|
|