View: 1841|Reply: 16
|
Cuba Bidas PM New Zealand Kerana Sokong LGBT, Wanita Dikecam Netizen
[Copy link]
|
|
Perdana Menteri New Zealand, Jacinta Ardern menjadi tumpuan sejam kebelakangan ini apabila negara itu ditimpa tragedi berikutan insiden tembakan pengganas yang menyebabkan kematian 50 orang warga Muslim ketika sedang bersembahyang di sebuah masjid di Christchurch.
Kredit foto: WorldOfBuzz
Tindakan PM Jacinta yang mengutuk serangan itu dan memberikan sokongan penuh kepada keluarga mangsa bagaimanapun menyebabkan seorang pengguna Twitter menjadi marah dan mengingatkan semua penyokong beliau di Malaysia bahawa PM Jacinta adalah jahat dan perlu dibenci kerana menyokong golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Kredit foto: Twitter
Wanita itu memuatnaik sebuah gambar menunjukkan PM Jacinta sedang bergembira dalam sebuah perarakan LGBT dengan status 'Ini gambar-gambar PM Jacinta dengan LGBT, untuk mengingatkan semua pengagum beliau hari ini' katanya.
Bagaimanapun tindakan wanita itu dikecam ramai netizen. Mereka mengingatkan wanita itu bahawa PM Jacinta bukan seorang Muslim.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
'Kalau dia Muslim, boleh awak kecam, dia sokong LGBT kerana di negaranya semua golongan minoriti termasuk Muslim layak diberikan perlindungan' bidas seorang netizen.
Seorang lagi mengingatkan wanita itu bahawa menyokong PM Jacinta tidak semestinya menyokong LGBT. 'Dalam kes ini, kami menyokong tindakan beliau dalam menangani sesebuah krisis' tambah seorang lagi netizen.
Kredit foto: Twitter
'Mungkin awak perlu makan lebih banyak kismis minda' tambah seorang lagi lelaki menyindir wanita tersebut.
Nampaknya, logik netizen ialah tindakan pemimpin walaupun berbuat kebaikan akan terus dikaitkan dengan sokongannya kepada mana-mana golongan, walaupun perundangan di negara tersebut membenarkannya. Adakah tindakan ini berpatutan? Apa pendapat anda pula? - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dia bukan Muslim.. so?
Yg muslim ni kt Mesia ramai terkinja2 jd LGBT ko x buat liputan pulak.. tulah.. kuman diseberang laut nmpk.. gajah depan mata buat2 x nmpk..
Nak ajak org mngecam alih2 ko terkecam weyyhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Da nama pun die ni x racist, x discriminate people... Bodoh punye org. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahaiiii.... kenapalah ada orang2 sejenis parasit yg tak suka tgk orang lain buat kebaikan. Mesti nak juga cari yg salah |
|
|
|
|
|
|
|
lantak dia la, dia bukan islam pun
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah dia lobainita .....bodoh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai pulak fikir lojik, kalau dapig yg buat cmni mesti kena hencap smpai mampos kan? Dasar cacai bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu lah toleransi.. sheols x bersifat double standard yach.. netizen tu expect sheols suppprt muslim tp menolak LGBT? Sedangkan LGBT n Muslim tu pon part of minorities kat NZ. |
|
|
|
|
|
|
|
Umum tahu, kokesen yang open bab religion dan receptive terhadap budaya orang lain biasanya adelah golongan liberal penyokong LGBT. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian betul kakak tu, buta hati betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sadis ada org camni
.Alahai..Mongok tijah ni |
|
|
|
|
|
|
|
pernah deal dengan geng2 ISMA. Ya Allah, diorang ni sebenarnya opportunist, takde lah ISLAM mana pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Org luar mmg byk yg beri support pada lgbt...sbb pada mereka cinta itu sesuatu yg indah...kalo ada yg halang pun itu terpulang pada individu tersebut....selalunya sbb jeles..hehehe dorang bukan islam...so biarkan jerla |
|
|
|
|
|
|
|
Kelakarla 'ayat geng2 isma ni mase kecik mkn kismis ke mkn semut, mcm bengap semacam..' |
|
|
|
|
|
|
|
Set Isma ke sibuk buat petisyen Malaysia negara Islam
Opportunist betul deme ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cam ko berkawan baik ngn Acong mkn babi.
Apakah ko dikire sokong makan babi?pastinya tidak..tu pun susah nk pkir ka.? |
|
|
|
|
|
|
| |
|