CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18460|Reply: 151

[Tempatan] Korang mash ingat kes myvi racing di DUKE? 9 Mei keputusan hak penjagaan anak y

[Copy link]
Post time 25-3-2019 01:41 PM | Show all posts |Read mode



TARIKH 9 Mei depan akan menjadi penentu kepada hak penjagaan dua anak yatim iaitu anak mangsa kemalangan maut Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) tiga tahun lalu, sama ada tinggal dengan nenek atau ibu saudara mereka.

Tarikh itu ditetapkan oleh pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Hadi Hamat selepas kes itu disebut semula di dalam kamarnya di Kuala Lumpur.

Peguam syarie, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili ibu saudara kepada dua kanak-kanak itu, Yusnidah Hussain ketika ditemui berkata, tarikh itu ditetapkan oleh mahkamah bagi membolehkan Hakim Syarie baru meneliti keterangan perbicaraan dan rayuan kes itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Pada tarikh 9 Mei ini, dua beradik ini akan memberi keterangan dan mahkamah akan membuat keputusan atas permohonan hadanah (hak penjagaan ini).

“Sebelum ini, nenek kepada kanak-kanak ini, Wirda Syamsuddin ada mengemukakan permohonan semakan supaya mahkamah tidak memanggil kedua-dua kanak kanak itu untuk memberi keterangan dan menyebabkan kes itu berlarutan,” katanya.

Namun katanya, Mahkamah Tinggi sudah menolak permohonan Wirda yang diwakili peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff pada 15 Februari lalu.

Pada April 2018, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad membenarkan permohonan Wirda, 56, yang memfailkan notis permohonan semakan terhadap keputusan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab pada 15 Mac 2018 untuk memanggil Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 11, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 8, bagi memberikan keterangan mereka.

Permohonan semakan itu difailkan di Mahkamah Rayuan Syariah pada 22 Mac 2018.

Pada 11 Ogos 2015, Yusnidah, 51, diberikan hak penjagaan sementara ke atas dua kanak-kanak berkenaan.

Yusnidah memfailkan permohonan hadanah pada 2 Jun 2015 mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan menamakan Wirda sebagai defendan.

Dalam kejadian pada 2 Mei 2015, Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, enam bulan, maut dalam nahas jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Muda, Batu Caves, di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 1:13 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa hukuman pembunuh tu hakak mod?.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 01:48 PM | Show all posts
noor2 replied at 25-3-2019 01:45 PM
Apa hukuman pembunuh tu hakak mod?.....

DAH CASH DAH SISTER!!!!




KUALA LUMPUR: Dua pemandu Perodua Myvi dihukum penjara 3 tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah memandu secara berbahaya sehingga meragut nyawa 3 beranak, termasuk bayi berusia 6 bulan, dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), 3 tahun lalu.
Majistret Zilfinaz Abbas menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Noor Aini Mohd Said, 39, penyelia restoran dan kenalannya yang merupakan tertuduh ke-2, Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 34, bekerja sendiri, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.
Dalam keputusannya Zilfinaz berkata mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh selepas mendapati keterangan mereka ketika membela diri tidak konsisten dan bersifat penafian semata-mata.
Kedua-dua tertuduh turut diperintahkan dipenjara 2 tahun jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh 5 tahun.







Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hari ini didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada RM9,000 kepada RM14,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.
Pada 2 Mei 2015, Mohammad Fizal Reza dan Siti Noor Aini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia 6 bulan, Nur Firuza Annisa.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Km6, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta antara 12.31 tengah malam dan 12.35 tengah malam pada 2 Mei 2015 mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.
http://www.freemalaysiatoday.com ... di-lebuh-raya-duke/
http://www.freemalaysiatoday.com ... aku-tidak-bersalah/
http://www.freemalaysiatoday.com ... i-berlumba-di-duke/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan. Mudah2an hak penjagaan dapat pada yang betul2 ikhlas nak jaga meka. Kasihan adik beradik ini. Duit derma dan peninggalan mak pak habis dicilok pak sedara lehnat.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni rebut hak penjagaan. Yg pembahagian harta anak yatim dah selesai ke? Tak silap mcm 3 penjuru bergaduh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2019 01:58 PM | Show all posts
lasagnaklcc replied at 25-3-2019 01:55 PM
Ni rebut hak penjagaan. Yg pembahagian harta anak yatim dah selesai ke? Tak silap mcm 3 penjuru berg ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 25-3-2019 01:48 PM
DAH CASH DAH SISTER!!!!



Oh...tq....ringannya hukuman...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 25-3-2019 01:58 PM

Kes yang ni yang pakcik sailang duit derma(?) tu kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 02:30 PM | Show all posts
ellZack replied at 25-3-2019 02:26 PM
Kes yang ni yang pakcik sailang duit derma(?) tu kan?

rasanya mcm kes ni kan..yang pakciknya sailang duit derma dan insurans dengan atas jaga dua adik beradik ni...sampaikan duit tu diorang buat kenduri khawen mewah besar besaran..bukak cafe hispter bagai..sampai akak si pakcik ni buat report polis
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:31 PM | Show all posts
hukuman ringan sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
So sekarang duduk dengan nenek belah mak la ye?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:34 PM | Show all posts
apa terjadi dgn pakcik usu diorang tu?

dah kaya raya kah makan harta anak2 yatim?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:46 PM | Show all posts
kiranya sekarang bebudak ni duduk dengan sape? Makcik dia yg dpt hak penjagaan sementara tu ke? Kalau betul makcik dia ikhlas jaga n jaga elok2.. biarla bebudak ni duduk ngan makcik.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:46 PM | Show all posts
boleh tido lena kah makan harta anak yatim ni
kat sekolah time kecit2 ustaz tak ajar ke
harta amik, t.jawab xmo
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Akaun pak sedara hanat neh kena beku kan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 25-3-2019 02:46 PM
boleh tido lena kah makan harta anak yatim ni
kat sekolah time kecit2 ustaz tak ajar ke
harta amik ...

Tak selamat dunia mahupun akhirat makan duit ank yatim... Berani betul pakciknya guna duit ank2 sedaranya yatim piatu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2019 02:59 PM | Show all posts
mereput la sang pakcik yg mkn harta anak yatim piatu ni.. semoga ko insaf la sebelum terlambat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:00 PM | Show all posts
harta banyak pun bila tkde anak lelaki.. mmg ler adik beradik bapak akan amik alih.
tu yg berebut hak penjagaan antara makcik sbelah emak ke sbelah bapak? nenek tu pun kalo sblah bapak melainkan utk menangkan anak lelaki dia aje laa.. yakni paksedara yg songlap duit..

kalau ler api neraka tu sampai ke dunia ni... takde sapa nak mkn harta anak yatim
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:07 PM | Show all posts
best kan dapat durian runtuh
duit derma dgn harta mak pak budak tu
mesti aman bahgia skrg
kaya raya dgn kluarga bahgia
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2019 03:25 PM | Show all posts
kesian nasib 2 beradik ni.. takde adik beradik lelaki.. pakcik yg ade pon tak sabar2 nak menghabehkan harta yg ade.. kalau ade perikemanusiaan patut buat belanja tanggung 2 beradik ni sampai besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071075 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list