Bekas isteri kepada personaliti TV3 Ally Iskandar, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli merupakan seorang yang bijak bermain dengan kata-kata dan seorang yang menghiburkan. Apa sahaja yang dimuat naik olehnya ke akaun media sosial terutama sekali Instagram tidak pernah gagal menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan kehidupan peribadi si cantik manis ini.
Seringkali bergurau mahu mencari jodoh lelaki berbangsa asing dan bermata biru, semalam Farah mengemas kini akaun Instagram miliknya dengan berkongsi gambar bersama seorang jejaka yang memiliki ciri-ciri yang diingininya. Farah yang juga gemar membahasakan dirinya sebagai Omma, secara berseloroh bertanya sekiranya para pengikutnya merestui 'hubungan' mereka.
"Jadi macam mana ni korang? Restu ke tak?," tulis Farah di ruangan kapsyen.
Kredit foto : Ig Farah Lee
Pertanyaan Farah tersebut berjaya mendapat pelbagai reaksi yang rata-ratanya merestui Farah bersama jejaka kacak yang dikenali sebagai Arthur Milroy Rashid itu.
Kredit foto : Ig Farah Lee
Wah, kalau betul ada jodoh apa salahnya. Farah pun cantik orangnya. Lagi pula Arthur sudah biasa dengan kehidupan dan cara hidup masyarakat Malaysia umumnya dan Melayu khasnya.-CARI |