Ramai yang turut merasa sedih apabila Awi Rafael dan Atikah Suhaime memutuskan tali pertunangan mereka beberapa hari sebelum pernikahan mereka berlangsung.
Bagaimanapun, semalam ada pula yang menyokong tindakan Awi untuk tidak meneruskan pernikahan dengan aktres cantik itu hanya kerana Atikah seringkali mengenakan pakaian yang agak terdedah.
Menerusi salah satu foto yang dimuat naik oleh Atikah semalam, rata-rata ramai yang mengatakan kerana pemakaian Atikah tersebut membuatkan keluarga Awi enggan menerima Atikah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Kredit foto : Ig Atikah Suhaime
Pakaian terdedah, memang patut keluarga Awi tak nak..
Kredit foto : Ig Atikah Suhaime
Tidak kurang juga yang memberi sokongan kepada Atikah dan tidak bersetuju dengan netizen yang berterusan menghentam Atikah hanya kerana kesilapan masa lalu nya.
Kredit foto : Ig Atikah Suhaime
Apa pun janganlah terlalu menghentam. Siapa kita untuk menjatuhkan hukum untuk kesilapan orang lain. Bagi nasihat elok-elok kan lagi molek? Peace! -CARI |