CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6681|Reply: 41

Pengawal Keselamatan Dihukum Mati, Rogol Dan Bunuh Gadis 17 Tahun

[Copy link]
Post time 26-3-2019 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pengawal keselamatan disabitkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di George Town, Pulau Pinang kerana didakwa membunuh seorang pelajar berusia 17 tahun.


mStar Online melaporkan, Tarmizi Yaakob, 23, didapati menyebabkan kecederaan yang mengakibatkan kematian seorang pelajar perempuan pada 25 Oktober 2015.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata, "embelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes."


Foto: mStar Online


Abdul Wahab turut mensabitkan Tarmizi dengan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan kerana merogol mangsa.


Peguam bela, S. Yagoo dalam mitigasi menyatakan tertuduh kesal dengan perbuatannya dan meminta supaya hukuman diringankan.


Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee menggesa mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana ia merupakan perkara yang serius.


Menurut sumber lagi Selepas merogol, Tarmizi dari Permatang Damar Laut membunuh mangsa pada 25 Oktober 2015, antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam di pangsapuri Bandar Baru Perda di Teluk Kumbar.


Pendakwaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama gila syaitan ni dihukom.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan binatang ni hada kes cubaan rogol/rogol lain ka? Seblom dia pi rogol dan bunuh budak pompuan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes mana ni eh. X ingat
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 2015 lama sgt tu. Mmg tak igt
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-3-2019 04:26 PM
Kes mana ni eh. X ingat

Ada thread berjela2 pasal kes ni dulu di CI. Syaitan ni, ex bf budak pompuan tu if ai tak silap. Dirogol dan dibunuh karna syaitan tu tak puas hati bila si mati mahu putuskan hubungan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2019 04:30 PM | Show all posts
lamanya kes ni bersidang
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 26-3-2019 04:26 PM
Kes mana ni eh. X ingat

Kes yg budak pompuan tu mati dlm bilik rumah dia.....

Ayah dia balik, tgok ank dia dah mati...hp ke apa jjmpa ada dgn guard ni...guard ni keja kt sekolah...dia pun sama dtg tgok masa org kecih kecoh budsk pompuan ni kena bunuh....

Tu je yg ingat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2019 04:28 PM
Ada thread berjela2 pasal kes ni dulu di CI. Syaitan ni, ex bf budak pompuan tu if ai tak silap. D ...

Gf dia blh tahan comel tu eh?
Then ade citer konon bdk ni mental or something
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-3-2019 04:32 PM
Kes yg budak pompuan tu mati dlm bilik rumah dia.....

Ayah dia balik, tgok ank dia dah mati...h ...


Owhh... tetiba terigt...  hadoi... kecian berkapel dgn guard membawa padah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:43 PM | Show all posts
gila babi lama hidup 4th x kena hukuman lg
duduk penjara makan tanggung setan !!

mohon cepat sikit gantung
ada hati nk hukuman ringan
tu la sedap je sekerjap je padan muka ko setann
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-3-2019 04:32 PM
Kes yg budak pompuan tu mati dlm bilik rumah dia.....

Ayah dia balik, tgok ank dia dah mati...h ...

Ooooooooo ingat ingat
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:56 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 26-3-2019 04:21 PM
Bukan binatang ni hada kes cubaan rogol/rogol lain ka? Seblom dia pi rogol dan bunuh budak pompuan t ...

ada

Balik Pulau: Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol kerani Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Tarmizi Yaakob, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.


Sitarun Nisa kemudiannya menetapkan 22 Mac hadapan bagi tarikh penyerahan dokumen dan sebutan semula kes.


Mengikut pertuduhan, Tarmizi didakwa merogol mangsa yang berusia 21 tahun, di Kampung Sulup di Teluk Kumbar antara 4.30 pagi hingga 5.30 pagi pada 8 Oktober tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J G Kaameni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 6 November 2015, Tarmizi dituduh membunuh Intan Suraya Mawardi, 17, dan semalam dia didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, kerana merogol gadis terbabit.





Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Februari 2016 @ 12:21 PM


https://www.hmetro.com.my/node/115767

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamba masih riang ria je mukanya

Mesti lepas ni buat rayuan lah apa lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 04:57 PM | Show all posts

Balik Pulau: Pelajar perempuan tingkatan lima ditemui mati dalam bilik tidurnya di Flat Bandar Baru Teluk Kumbar, di sini, malam tadi.

Menurut sumber, mayat remaja itu, Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui bapanya pada 7.30 malam tadi.


Katanya, sebelum itu bapa mangsa yang pulang dari kerja memanggil anaknya yang berada dalam bilik.


"Bagaimanapun, dia pelik apabila panggilan tidak disahut sebelum membuka pintu bilik, namun terkejut melihat tubuh anaknya sudah kaku.

"Bapa mangsa turut melihat ada kesan kelar di leher anaknya dan keadaan dalam bilik agak berselerak," katanya.

Sehingga kini, polis masih lagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian.





Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 12:21 AM





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 26-3-2019 04:32 PM
Kes yg budak pompuan tu mati dlm bilik rumah dia.....

Ayah dia balik, tgok ank dia dah mati...h ...

Baru ingat... arwah budak tu tinggal kat flat di penang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dulu teman mak gi klinik mata. Masa tu ada 2 orang warden penjara bawa sorang banduan. Misi2 duk soksek2 kata tu perogol. Nmpk muda lagi. Muda2 dah sakit mata.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-3-2019 05:10 PM
Iols dulu teman mak gi klinik mata. Masa tu ada 2 orang warden penjara bawa sorang banduan. Misi2 du ...

sakit mata camne . Muda2 tokleh sakit mata ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 26-3-2019 05:11 PM
sakit mata camne . Muda2 tokleh sakit mata ke

Iols pun xtau sakit macamana. Sbb tgk patient lain semuanya dah tua.
Klinik mata kat mana2 spital gomen mmg ramai sangat orang sampai xde tempat nk duduk.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 26-3-2019 05:11 PM
sakit mata camne . Muda2 tokleh sakit mata ke

Hahahaha.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.328499 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list