View: 4789|Reply: 32
|
[Tempatan]
Disangka Pancing Ikan Besar, Rupanya Mayat
[Copy link]
|
|
26 Mar 2019
BERNAMA
ALOR SETAR - Seorang pemancing tidak menyangka terpancing mayat ketika memancing di Sungai Sentap, Kampung Kodiang Lama, Mukim Keplu, Kodiang malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata dalam kejadian pada Sabtu malam, mata kail pemancing itu tersangkut pada sesuatu yang berat dan apabila ditarik ternyata yang muncul bukannya ikan besar tetapi mayat seorang remaja perempuan.
“Pemancing itu kemudian melaporkan penemuannya itu kepada polis dan apabila tiba di lokasi penemuan yang terletak berhampiran Gua Kerbau, pihak polis mendapati mangsa berpakaian lengkap, namun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri.
“Pemeriksaan awal juga tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan tiada unsur jenayah dikesan. Mangsa dipercayai mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Ismail berkata polis kemudian telah menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di tepi Sungai Sentap dan hasil pemeriksaan mendapati motosikal berkenaan milik seorang remaja perempuan dari Simpang Ampat, Perlis.
“Kita telah mengesan keluarga pemilik motosikal itu yang tinggal di Kuala Sungai Baru, Sanglang di Simpang Ampat, Perlis. Ibu bapa pemilik motosikal tersebut juga telah diminta membuat pengecaman dan telah mengesahkan bahawa mangsa adalah anak mereka,” katanya.
Mohd Ismail berkata, pada Ahad polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berusia 18 tahun dan setelah disiasat suspek mendakwa telah bertengkar dengan mangsa sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai.
“Suspek berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa disyaki lemas, namun suspek tidak meminta bantuan daripada orang ramai. Mayat mangsa yang dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar telah selesai dibedah siasat pukul 1.40 pagi Isnin dan pihak polis kini sedang menunggu hasil bedah siasat sebelum mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.- Bernama |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau sorang lagi lemas boleh plak buat tak reti je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana la sifat kemanusiaan kau dik. time syg kemain die punya lovey dovey time gaduh kau boleh buat diam je gf kau lemas.
|
|
|
|
|
|
|
|
INI memang kes bunuh..mayat rambut panjang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal2 berhantu tempat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya ko dik..dah tau gf lemas knp tak bgtau..sian makpak arwah.. ke bf dia ni yg tolak masuk sungai tu..lps tu takut dah..terus buat senyap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup la ko dgn rasa serba salah |
|
|
|
|
|
|
|
macam kes bunuh jer nih......dah tau jatuh knp blh buat senyap jer |
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 27-3-2019 08:32 AM
Hmm. Keadaan mayat tak tunjuk mayat mati lemas. Motif tangan gitu. Sah dibunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tangan kena ikat ke gambar tak clear laaa |
|
|
|
|
|
|
|
menjawab la ngan polis ko dik, dh tau budak tu lemas pi la mtk tolong org ramai |
|
|
|
|
|
|
|
bhagian mayat tu ada tanda hem hem tak |
|
|
|
|
|
|
|
nampak macam kena bunuh je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Napelah kejam sgt.. dh jatuh sama2.. hang selamat.. hang tgk gelpren hang x timbui2. Awat la p tinggai. Habaq kat mak pak gelpren hang pn xmau.. haishhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Pemancing turut dapat susah nak kena buat report polis segala pasti lama beliau tak nak gi mancing nanti |
|
|
|
|
|
|
|
kuajaqqq... boleh ko main tinggal je budak tu tengah lemas |
|
|
|
|
|
|
| |
|