View: 8800|Reply: 6
|
"Jujur, Awak Pernah Romen Tak?" - Gerun! Pedo Umpan Budak 12 Tahun Di
[Copy link]
|
|
Kemudahan teknologi digital hari ini yang semakin canggih menambahkan kebimbangan di kalangan ibu bapa.
Hari ini, budak sekolah rendah pun sudah pandai menggunakan pelbagai jenis aplikasi komunikasi dan platform media sosial. Malah, adakalanya mereka lebih hebat menggunakannya berbanding orang dewasa.
Gambar Hiasan
Berikutan itu, individu jijik seperti pedofilia mengambil kesempatan ini untuk mengumpan mangsanya.
Perkongsian daripada pengguna Twitter ini diharap dapat membuka mata orang ramai terutama golongan ibu bapa supaya mengawasi aktiviti anak-anak agar terhindar daripada golongan seperti pedofilia.
Sapique berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara kanak-kanak berusia 12 tahun dan individu dipercayai menyamar sebagai budak berusia 10 tahun menerusi aplikasi Tik Tok.
Sangat menakutkan apabila membaca perbualan di antara mereka!
Selepas bertegur sapa dan mula melakar mesej lucah, individu terbabit mengajak mangsa untuk meneruskan perbualan menggunakan aplikasi WhatsApp.
Jika ada yang mahu cuba mengesan dan memberi pelajaran terhadap individu terbabit, boleh cuba hubungi nombor di bawah.
Bagaimanapun, terubat sikit hati ini apabila membaca pesanan dan nasihat kanak-kanak berkenaan kepada pedo terbabit.
'Haram beromen, jangan buat lagi...'
Kredit foto: Twitter
Fuh, nasib baik adik itu tidak terlalu melayan. Semoga dia terselamat daripada menjadi mangsa pedo terbabit.
Ibu bapa, awasilah anak anda sentiasa. Biarlah orang kata 'kuno' dan terlalu mengongkong, asalkan anak selamat daripada sebarang bentuk bahaya. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ummah Twitter? Hmm bace je boleh. Percaya tk kot |
|
|
|
|
|
|
|
ala time aku form 1 lepas orientation week, rakan senior sebilik datang beramah mesra. First soalan diorang tanya kau tau masturbate tak? |
|
|
|
|
|
|
|
tiktok dan sbg nya ni patut diblock dlm msia |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya btol la tiktok skrg nie.. risau nengok wehhh |
|
|
|
|
|
|
|
mujurlah adik tu faham dan tahu eprkara baik dan buruk sebelum terpengaruh. Mmg zaman skang ni parent kena bekalkan cukup2 ilmu asas agama sejak awal lagi supaya tak mudah terpengaruh. |
|
|
|
|
|
|
|
ini dipanggil grooming oleh perpetrator kan? huhu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|