Amat jarang kita mendengar penyanyi luar menyanyikan lagu tempatan dengan baik, apalagi dalam Bahasa Kebangsaan.
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon ternama dari Korea Selatan, Park Bo Gum telah mengadakan konsert di Kuala Lumpur dan menyanyikan lagu Belaian Jiwa sehingga bintang KPop itu digelar 'Ahmad Bogum' di media sosial.
Kredit foto: Carian Google
Pelakon drama berusia 25 tahun itu mengejutkan peminat tempatan apabila mendendangkan lagu dendangan asal kumpulan Carefree dengan baik dan sebutan yang hampir sempurna.
Sebelumnya, dalam satu temu bual promosi, Park Bo Gum berkata dia ada kejutan rahsia untuk peminat Malaysia dan nampaknya ianya benar-benar menggembirakan peminatnya sehingga netizen memberikan gelaran 'Ahmad Bogum' sebagai tanda penghargaan.
Kredit foto: Twitter
Lucunya, tanda pagar #AhmadBogum dan #BelaianJiwa sempat menjadi trending di Twitter.
Kredit foto: Twitter
Malahan, laman Wikipedia beliau juga telah diedit peminat dengan nama Ahmad Bogum.
Kredit foto: Wikipedia
Seorang peminat yang memuji sebutan Bo Gum berkata, beliau percaya mereka mudah mempelajari sebutan Bahasa Melayu memandangkan bahasa mereka kedengaran sama dengan kita.
Kredit foto: Twitter
Seorang lagi netizen memuji persembahan Bo Gum yang berjaya mengembalikan lagu kumpulan Carefree yang dipopularkan semula oleh kumpulan Innuendo itu.
Kredit foto: Twitter
Nampaknya, usaha gigih Park Bo Gum untuk mempelajari bahasa yang asing buatnya berjaya menghibur dan menarik peminat tempatan untuk memberikan sokongan kepadanya. - CARI |