View: 2153|Reply: 17
|
Budak-budak Bunuh Ibu Bapa Sendiri! Jenayah Yang Semakin Meningkat Di China..
[Copy link]
|
|
Ibu bapa adalah insan yang seharusnya dihormati dan disanjungi oleh anak-anak, kerana merekalah yang bersusah-payah membesarkan anak-anak. Namun, apa yang terjadi di negara China sangat membimbangkan.
Bagaikan suatu trend, kes jenayah anak membunuh ibu dan ayah sendiri nampaknya semakin menjadi-jadi di negara itu.
Kredit foto: huppert
Terkini, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di wilayah Jiangsu, China, didapati membunuh ibunya hanya kerana ibunya mendenda dia. Namun, remaja itu dibebaskan selepas sehari berada di dalam tahanan polis.
Insiden ini berlaku hanya dua bulan selepas dua kanak-kanak lelaki berusia 12 dan 13 tahun didapati membunuh ibu bapa mereka dalam insiden berlainan di wilayah Hunan, China. Walau bagaimanapun, kesemua pesalah juvenil ini terlepas begitu sahaja dari menjalani hukuman.
Hal ini berpunca daripada undang-undang di negara China yang menjatuhkan hukuman hanya kepada pesalah berusia 14 tahun ke atas. Berikutan itu, trend umur pelaku jenayah semakin menurun, di mana jenayah semakin banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 14 tahun, termasuklah membunuh keluarga sendiri.
Ia menjadi suatu fenomena yang membimbangkan di China. Antara faktor lain yang dikaitkan dengan jenayah dalam kalangan kanak-kanak ialah sistem pendidikan di negara itu yang menanamkan sifat benci dan bukan kasih sayang.
Contohnya, di sekolah mereka diajar tentang pahlawan yang kejam dan ganas. Selain itu, mereka turut terdedah dengan permainan video yang berunsur ganas, yang kemudiannya mempengaruhi perbuatan mereka.
Kredit foto: chinawhisper
Orang awam kurang bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang mengenai umur pesalah juvenil yang layak dikenakan hukuman penjara. Namun, pihak penguatkuasa berpendapat sebaliknya.
Menurut mereka, menyumbat lebih ramai kanak-kanak ke penjara tidak akan menyelesaikan masalah mengapa jenayah terjadi. Apabila kanak-kanak yang sedang berkembang mindanya dihukum di dalam penjara, ia akan meninggalkan kesan negatif terhadap pemikiran dan personalitinya. Mereka akan lebih cenderung untuk mengulang kembali jenayah yang sama, menurut kajian yang dijalankan.
Kredit foto: davidjroger
Umur minimum bagi hukuman jenayah berbeza-beza bagi setiap negara. Di United Kingdom dan Wales, 10 tahun; di Jerman dan Jepun, 14 tahun ; dan di 33 buah negeri di Amerika Syarikat, tiada had umur bagi pesalah. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
didapati membunuh ibunya hanya kerana ibunya mendenda dia.
Hanya kerana mendenda? Hanya? Korang tahu tak Cina PRC ni tahap mendendanya gimana? |
|
|
|
|
|
|
|
masa dulu2 budak2 yg mcm nilah yg dtg ke MALAYa |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin didikannya datang dari ibu bapa juga. biasanya bebudak ni mental sebab tak cukop kasih syg. kalau taK takkan la tergamak bunuh orang tua. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua bdk kecik mmg ade potensi bunuh org..sebab tu yg dewasa Kene pantau bdk ni |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-4-2019 11:19 PM
didapati membunuh ibunya hanya kerana ibunya mendenda dia.
Hanya kerana mendenda? Hanya? Korang t ...
khueennn...selayaknyalah dibunuh
kekadang aku tgk parents ni denda anak x beragak2
masa umur camtu la emosi budak2 ni tgh nak develop tp parents dah instil sifat benci dlm diri diorg |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 2-4-2019 11:19 PM
didapati membunuh ibunya hanya kerana ibunya mendenda dia.
Hanya kerana mendenda? Hanya? Korang t ...
Ni yg mak dia hempas anjing kesayangan sampai mati
Pasal mak dia kata dia abaikan study, asyik main dgn pet
So balasannya dia parangkan mak dia
Mmg kejam tp ikut contoh sapa (mak) kannnn |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tanah besar ni kurang nilai kemanusiaan.... |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 3-4-2019 08:02 AM
Ni yg mak dia hempas anjing kesayangan sampai mati
Pasal mak dia kata dia abaikan study, asyik ma ...
Ler ropanya. Selayaknyalah. Jahat dibalas jahat gituh. Ntah2 pet tu la satu-satunya kawan yang budak tu ada, mak dia pi bunuh pula. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 3-4-2019 12:02 AM
Ni yg mak dia hempas anjing kesayangan sampai mati
Pasal mak dia kata dia abaikan study, asyik ma ...
what??! kejinya... cashlah .. |
|
|
|
|
|
|
|
e-mag replied at 2-4-2019 12:14 PM
tanah besar ni kurang nilai kemanusiaan....
Patut lar cina2 penang merempat kat stoh, tu pon x malu lagi wannabe prc x padan dgn dna deme yg useless kat negara asal |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya budak tu di hukum dengan belajar moral Dan berkasih Sayang. Jika dibiarkan tanpa denda kanak2 akan merasa perbuatan itu benar Dan bakal mengulanginya. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 3-4-2019 08:18 AM
Ler ropanya. Selayaknyalah. Jahat dibalas jahat gituh. Ntah2 pet tu la satu-satunya kawan yang b ...
Kann...kat sana kan kena ikut polisi anak tunggal
Confirm la sunyi xde kwn |
|
|
|
|
|
|
|
buapakperut replied at 3-4-2019 08:44 AM
what??! kejinya... cashlah ..
Kannn dah maknya pun monster |
|
|
|
|
|
|
| |
|