Fenomena Nur 2
Fenomena drama bersiri Nur yang pernah menggegarkan Malaysia tahun lalu kini kembali lagi cuba mencarik hati penonton. Kali ini dengarnya lebih 'daring' dan menyentap tangkai hati penonton.
Biarpun tidak ditayangkan pada bulan Ramadan seperti tahun 2018, namun ramai pihak meramalkan bahawa cerita percintaan antara pelacur dengan ustaz ini bakal menaikkan rating drama tempatan sekali lagi. Ini kerana watak Juita yang dimunculkan oleh pelakon Azar Azami didakwa lebih hitam dan psiko.
Malahan penonton turut diseret dengan persoalan demi persoalan yang membawa kepada tidak sabar untuk menyaksikan episod kedua dan seterusnya. Menerusi kemaskini pengarahnya di laman Instagram, Sharulezad menyatakan drama bersiri Nur 2 ternyata mendapat hits apabila 'trending' di laman media sosial.
Fenomena Nur 2
Rata-rata penonton menyatakan episod pertama disajikan dengan cukup cantik dan sarat pelbagai persoalan. Dengan dialog-dialog yang keluar dari kepompong drama biasa, ia ternyata pilihan yang segar dan ditunggu-tunggu oleh penonton. Malahan kemunculan Azar walaupun sekejap membuatkan pelakon berdebar-debar dengan bahasa badannya serta lirikan matanya yang menggoda.
Foto : Carian Internet
Demi tidak menghampakan harapan penonton dan juga strategi pemasaran, Sharulezad turut melampirkan sedikit sedutan episod kedua yang akan ditayangkan pada malam ini.
Poster : Carian Internet
Sama-sama kita nantikan kesudahan drama Nur 2 ini. Adakah bakal menyatukan hati rakyat Malaysia yang tengah panas dengan isu-isu politik dan ekonomi saat ini? - CARI
|