Edited by NmeeraR at 4-4-2019 06:12 PM
Game Player Unknown 's Battlegrounds atau dipanggil PUBG kebelakangan ini menjadi salah satu permainan yang digemari ramai. Permainan yang bergenre battle royale ini turut dimainkan kebanyakan rakyat Malaysia dan sangat terkenal hingga menjadi fenomena.
Bagi pemain tegar PUBG pastinya tidak asing dengan peta seperti Erangel. Siapa sangka, lokasi di peta ini ternyata diilhamkan dari dunia nyata!
1. School Kredit Foto: idntimes
Lokasi School di peta Erangel nampaknya diilhamkan oleh sebuah sekolah di Pripyat, sebuah bandar mati berhampiran Loji Tenaga Nuklear Chornobyl, Ukraine.
2. Georgopol
Kredit Foto : idntimes
Georgopol adalah salah satu lokasi kegemaran untuk turun. Lokasi-lokasi ini dalam bentuk pelabuhan dan bangunan pangsapuri mirip dengan Kaliningrad Sea Commercial Port, sebuah pelabuhan yang terletak di Kota Kaliningrad, Rusia.
3. Sosnovka Military Base Kredit Foto : idntimes
Jika anda pergi ke Sosnovka Military Base, anda pasti akan melihat menara gergasi. Kalau di dunia nyata, lokasi ini ada di Duga-3, sebuah stesen radar peninggalan Kesatuan Soviet berhampiran Chernobyl.
4. Shelter
Kredit Foto : idntimes
Shelter adalah lokasi bunker bawah tanah yang juga terdapat di peta Erangel. Lokasi ini sangat mirip dengan bungker penyimpanan senjata nuklear Soviet Union yang dipanggil Feodosia-13. Lokasinya terletak di Lembah Kiziltashskaya, berhampiran Bandar Sudak, Ukraine.
5. Mylta Power Kredit Foto : idntimes
Jika di dunia nyata, anda boleh mencari Mylta Power di Loji Nuklear Chernobyl, bekas warisan Kesatuan Soviet yang kini ditinggalkan.
6. Kameshki Kredit Foto : idntimes
Kameshki berada di hujung peta Erangel. Kota kecil ini jika di dunia nyata berada di Rusia, tepatnya di sebelah timur laut Kota Moscow.
Wah! Menarik bukan? Kepada PUBG tegar.., ada yang rasa nak berkunjung ke lokasi sebenar ke? - CARI
Sumber :idntimes |