Pelakon Sharifah Sakinah yang terkenal dengan watak wanita 'bimbo' sekali lagi menghiburkan para pengikutnya di Instagram apabila dia memperkenalkan anak tudung 'terbaru' menggunakan lampin pakai buang untuk mengatasi masalah wanita berhijab yang mahu bersukan.
Idea tersebut muncul kerana Sakinah kerap menerima keluhan daripada wanita berhijab yang tidak mahu bersukan kerana risau kulit kepala mereka berpeluh dan seterusnya menyebabkan bau busuk dan kelemumur.
"Sesuai untuk yang kepala berpeluh. Sangat bagus kalau nak workout," tulis Sharifah Sakinah di ruangan kapsyen posting tersebut.
Kredit foto: Ig Sh Sakinah
Sakinah turut membuat tutorial cara menggunakan lampin pakai buang sebagai anak tudung di Instagram Storiesnya.
Kredit foto : Ig Stories Sh Sakinah
Rata-rata netizen terhibur dengan idea Sharifah Sakinah tersebut dan menganggap ianya sebagai idea yang bernas.
Kredit foto : Ig Sh Sakinah
Bijak jugak Sharifah Sakinah ni. Boleh la cuba nanti. Anyone? -CARI |