CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3609|Reply: 17

Ujian DNA Gagal Tentukan Siapa Ayah Kandung, Adik-Beradik Kembar Diarah Bayar Na

[Copy link]
Post time 9-4-2019 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Dua orang adik beradik lelaki kembar seiras di Brazil terpaksa bersama-sama membayar nafkah kepada seorang wanita yang melahirkan anak dengan DNA yang sama dengan mereka.


Hakim Filipe Luis Peruca mengarahkan pasangan kembar itu yang dinamakan Fabricio dan Fernando untuk mengaku siapa di antara mereka menghamilkan wanita tersebut.


Apabila kedua-dua menolak untuk bertanggungjawab, ujian DNA telah dibuat ke atas bayi tersebut. Malangnya kedua-dua ujian DNA adalah positif menyebabkan Hakim mengarahkan kedua-dua membayar pampasan yang sama kepada wanita tersebut.


Gambar Hiasan


Menurut rekod mahkamah, wanita tersebut mengadakan hubungan dengan salah seorang daripada lelaki kembar seiras itu tetapi tidak dapat mengenalpasti yang mana satu. Selepas melahirkan bayinya, wanita itu menuntut nafkah daripada pasangan kembar tersebut tetapi kedua-duanya menolak untuk bertanggungjawab.




Menurut The New York Times, ujian DNA menunjukkan persamaan antara kedua-dua beradik kembar menyebabkan Hakim memutuskan kedua-duanya perlu membayar USD60 dollar (RM250) atau 30% daripada gaji minimum negara itu kepada ibu kanak-kanak tersebut.




Kes yang dibicarakan di sebuah mahkamah di negeri Gois, berakhir dengan kegembiraan buat wanita dan anaknya itu kerana bakal menerima dua kali ganda pampasan. Hakim kemudiannya memarahi pasangan kembar itu kerana dikatakan menghalang hak anak itu untuk mengenali ayahnya.


Gambar Hiasan


Hakim juga mengarahkan nama kedua-dua lelaki itu ditulis sebagai bapa kandung dalam sijil kelahiran.


Satu keputusan yang baik untuk wanita dan anak tersebut tetapi sudah pastinya tidak adil buat salah seorang daripada adik beradik kembar itu yang terpaksa membayar sama. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2019 01:33 PM | Show all posts
dalam sijil lahir patut ada rekod darah, ni import baby dari tanah besar, claim warganegara
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
60 dolar cukup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sini ada buat..
Maybe jantan kabaret suka pancut merata pikior banyak.kali nak pancut dalam..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 04:18 PM | Show all posts
kesian yg tak bsalah tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 04:19 PM | Show all posts
Malangnya kedua-dua ujian DNA adalah positif


mcmne dua2 positif ek.

ada cara lain tak  utk pastikan yg mana ayah btl kpd baby?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2019 04:26 PM | Show all posts
Kalau kat Malaysia pasangan halal pun.. lepas suami buat taik susah nak dpt nafkah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayo lah acik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2019 06:15 PM | Show all posts
Edited by Sang_Pencinta at 9-4-2019 06:18 PM
chinta89 replied at 9-4-2019 04:19 PM
mcmne dua2 positif ek.

ada cara lain tak  utk pastikan yg mana ayah btl kpd baby?

Kalau ikut ujian DNA biasa tak dapat dibezakan kembar seiras  sebab mereka kongsi telur dan sperma yang sama, lain dengan kembar tak seiras yg datang dari dua telur dan dua sperma

Bagaimanapun ikut artikel ni


https://www.bbc.com/news/magazine-25371014

Ada ujian baru dengan mengkaji urutan billion gnome antara anak dan dua suspek bapa,

kalau ada mutasi salah satu daripada gnome anak, mesti diwarisi daripada ayahnya

Tapi rasanya ujian macam ni tak berkembang dan diguna pakai lagi



Contoh dalam gambar urutan gnome di atas, ada satu mutasi / kesilapan dalam gnome si anak, so bila compare dengan Twin, boleh kenalpasti mana satu ayah dan mana satu pak cik

Masalahnya kalau TAK terdapat satu pun mutasi dalam billions gnome si anak.

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 9-4-2019 01:53 PM
Kalau sini ada buat..
Maybe jantan kabaret suka pancut merata pikior banyak.kali nak pancut dalam.. ...

Tidak la......
Yang bapak sah pun selamba aje tak kena apa2 tak bagi nafkah kat anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 9-4-2019 06:15 PM
Kalau ikut ujian DNA biasa tak dapat dibezakan kembar seiras  sebab mereka kongsi telur dan sperma ...

Wow. Thanks utk pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 07:14 PM | Show all posts
mesti bengang kembar yang tak bersalah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 9-4-2019 06:33 PM
Tidak la......
Yang bapak sah pun selamba aje tak kena apa2 tak bagi nafkah kat anak2...

Haha .apatah lg bapak yg tidak sah kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 08:49 PM | Show all posts
bagus la Brazil ni ada law untuk protect baby & ibu nya.
dekat sini, terpaksa buang bayi sebab takot tanggung malu.
naseb si ibu n baby nya tak terbela.
tak pernah aku dengar jantan kena charge pancut dalam sampai jadi baby.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2019 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara kafir bukan islam lebih memelihara hak2 wanita dan kanak2. Sementara itu di malaysia negara islam gadis2 terlanjur dipulau masyarakat, bayi dibuang merata rata dan kaum lelaki keparat selamba sahaja lepas tangan selepas mengandungkan wanita. Bukan sahaja yg belum kahwin, yg dah kahwin pun relax saja abaikan nafkah anak isteri siap berpoligami tanpa halangan walaupun tidak bertanggungjawab. Pergi pejabat agama dan naik turun mahkamah pun belum tentu kaum wanita teraniaya boleh tuntut nafkah dari suami. Inikan pula mahu laksanakan hudud. Penguatkuasaan sangat lemah dan berat sebelah serta menganiaya. Eloklah kahwin ikut law di negara barat. Kalau bercerai pun hak anak memang terpelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 12:51 AM | Show all posts
Hahahha konon tak mau bertanggungjawab, dedua kena....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2019 09:53 AM | Show all posts
framecermin replied at 9-4-2019 04:26 PM
Kalau kat Malaysia pasangan halal pun.. lepas suami buat taik susah nak dpt nafkah.

ade perintah mahkamah pun x jalan ..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2019 10:42 AM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 9-4-2019 06:15 PM
Kalau ikut ujian DNA biasa tak dapat dibezakan kembar seiras  sebab mereka kongsi telur dan sperma ...

owh terima kasih atas pencerahan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.073814 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list