Jodoh , pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Demikianlah yang terjadi kepada pasangan Hamirul Nizat, 25 dan tunangannya, warga Indonesia , Ayu Zulkarnain 23.
Kredit foto: Facebook
Ayu yang telah bekerja selama beberapa tahun dengan MAS Kargo adalah antara 12 orang yang terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pekerja-pekarja kontrak ke pejabat Mas Kargo Sepang.
Kredit foto: Harian Metro
Dalam kejadian yang berlaku tiga hari lalu itu, bas yang membawa 44 orang pekerja telah terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter mengakibatkan Ayu dan 11 orang pekerja asing lain dan pemandunya warga tempatan meninggal dunia.
Kredit foto: Harian Metro
Berikutan itu, Hamirul Nizat berkongsi kedukaan dalam sebuah posting di Facebook. Menurutnya, mereka berdua telah beberapa tahun berkenalan dan merancang untuk bertunang pada pertangahan tahun ini dan berkahwin pada awal tahun depan.
Kredit foto: Facebook
Menurutnya lagi, ibu bapanya telah bersedia untuk berjumpa keluarga Ayu di Sei Rempah, Medan bagi merancang pernikahan mereka berdua. Bagaimanapun perancangan itu tidak kesampaian susulan tragedi yang mengorbankan Ayu.
Kredit foto: Facebook
Dalam perkongsiannya, Hamirul meluahkan kedukaannya kerana niatnya untuk mendirikan rumahtangga dengan Ayu telah hancur. Dia juga mengatakan kini tidak ada kekuatan untuk menempuh hidup bersendirian.
Kredit foto: Facebook
Rata-rata sahabat Hamirul yang membaca perkongsian duka itu memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan salam takziah. Mereka juga barharap Hamirul akan bersabar menempuh dugaan.
Kredit foto: Facebook
Jenazah Ayu dilaporkan telah dibawa pulang ke negara asalnya untuk pengebumian.
Takziah diucapkan kepada Hamirul dan keluarga Arwah Ayu. -CARI |