CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5625|Reply: 41

[Tempatan] Kanak-Kanak Dilaporkan Hilang, Rupa-Rupanya Tertidur Dalam Bas Sekolah

[Copy link]
Post time 18-4-2019 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Putrajaya : Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan sebuah tadika di Presint 3, di sini, ditemui selamat selepas tertidur dalam sebuah bas sekolah di Cheras petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata, kehilangan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu disedari pihak tadika selepas ibu mangsa berusia 40 tahun memberitahu bahawa anaknya tidak ditemukan di tadika berkenaan.

“Kira-kira pukul 4.50 petang, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir telah pergi ke tadika untuk menjemput anaknya balik tetapi mendapati kanak-kanak itu tidak ada di tadika tersebut.

“Kami dimaklumkan bahawa, kanak-kanak itu dibawa oleh pihak tadika ke Padang Agrobank, Bangi untuk menyertai raptai hari sukan tadika. Pihak tadika telah membuat pemeriksaan di sekitar tadika namun kanak kanak tersebut tidak dijumpai,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, susulan kejadian itu, pihaknya menjalankan temubual dengan kesemua guru tadika  bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati, kanak- kanak tersebut terlibat dalam raptai hari sukan bersama 87 orang kanak kanak lain di Pusat Latihan Agrobank Bangi. Kesemua pelajar terbabit menaiki tiga buah bas sekolah yang disewa dengan diiringi 11 orang guru.

Bas yang dinaiki kanak kanak tersebut diiringi oleh tiga guru. Hasil temubual juga mendapati guru pengiring ada membuat semakan pelajar sebelum balik selain membuat pemeriksaan di kawasan raptai dan dapati jumlah pelajar cukup 87 orang,” katanya.

Katanya, guru pengiring juga membuat kiraan jumlah pelajar dalam bas semasa perjalanan balik dan mendapati jumlah pelajar cukup. Bagaimanapun, setelah tiba di tadika, guru berkenaan tidak mengira mengenai jumlah pelajar yang keluar dari bas.

“Kesemua pelajar kemudian diarahkan masuk ke dalam kelas masing masing. Kira-kira pukul 3.20 petang, seorang guru baru menyedari pelajar tersebut tiada dalam kelas tetapi beg sekolah dan tilam pelajar itu masih berada dalam kelas.

“Guru kelas mulanya menyangka pelajar itu dijemput oleh ibu bapanya sebelum mengetahui bahawa kanak-kanak itu tiada di tadika. Justeru, pihak tadika mencari di seluruh kawasan tadika namun pelajar tersebut tidak dijumpai,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu, pada pukul 7.05 malam, pemilik tadika telah menghubungi pemandu bas untuk membuat pemeriksaan dalam bas dan mendapati kanak kanak itu tertidur di kerusi bas,” katanya sambil menambah laporan bahawa kanak-kanak itu telah ditemukan semula akan dibuat oleh pengadu.

Sumber : Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lenanya tido anak oooi
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:10 PM | Show all posts
Lepas2 ni eloklah dibiasakan periksa dalam bus sama tiap kali sampai ke destinasi supaya kes tertinggal dalam bas seperti ini tak berulang
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:12 PM | Show all posts
ayoooo pjg nyer kronologi
nasib baik bernapas lagi, klu kejung sudah menjawab lah acik drebar van
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:16 PM | Show all posts
Ya Allah lamanya ko tetido dik... Nasib baik bukan kereta tertutup, x psl2 mati lemas...

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:21 PM | Show all posts
lamanya budak tuh tido.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2019 12:23 PM | Show all posts
takkan cikgu tak mengira berapa orang murid naik dan berapa orang turun.....hadoi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:27 PM | Show all posts

bas berekon kot...tu sdp tdo plus bdk tu penat gila

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur hidup lagi anak ni.. baru 4 tahun.. penat sangat agaknya tu yang lena sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:30 PM | Show all posts
Penat sangat agaknya adik tu sampai tertidur pulas.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:43 PM | Show all posts
yang drebar tu pun tak pernah mengecheck bas ke setiap kali habis trip?

cikgu pula lupa nak kira budak2 lepas turun bas
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:53 PM | Show all posts
kesiannye..syukur jumpe...mujur bernapas lg

apa la penerimaan parents bdk ni kat sek tu after kejadian ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
gaara_X replied at 18-4-2019 12:23 PM
takkan cikgu tak mengira berapa orang murid naik dan berapa orang turun.....hadoi...

ala...kapai terbang pon kira yg naik jer..time turun mana depa kira..kot2 tertidur dlm toilet...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat sungguh budak tu pergi hari sukan
Rasa2nya masa ditemui tu pun masih nyenyak tido lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 01:18 PM | Show all posts
chinta89 replied at 18-4-2019 12:16 PM
Ya Allah lamanya ko tetido dik... Nasib baik bukan kereta tertutup, x psl2 mati lemas...

tu laa..nasib baik bus ..kalu keta tertutup menjawab la semuanya..yg cikgu pun..dah sampai kelas,,kira laa hendaknya..dan driver bas pun..lepas budak2 turun bas takkan x bersihkan bas..rombongan kot,,mesti ada tinggal kertas,botol2 air,plastik2 jajan..((ke sekolah x dibenarkan bawak jajan)
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 01:47 PM | Show all posts
cikgu kira masa kat padang and masa naik bas..
dah cukup so sampai sekolah mesti la dorang ingat cukup..
mana la tau ada sorang tetido pulak..
peringatan buat cikgu-cikgu tadika tu..
lepas ni naik bas turun bas masuk kelas kena kira..
and untuk mak bapak, mesti bila anak dah besar nanti jadi bahan melawak kat anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 18-4-2019 01:00 PM
Penat sungguh budak tu pergi hari sukan
Rasa2nya masa ditemui tu pun masih nyenyak tido lg

anak2 bunian dlm tu mmg ramai mujur tkde yg berkenan buat anak angkat
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 02:01 PM | Show all posts
rsnya cikgu tggu dpn pintu bas.. pantau murid2 turun..
bila dh sume murid turun dia assume bas dh kosng.. dh takde murid..

nsb baik pkcik bas cek dlu sblm knci bas..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
budak ni mesti tembam dan gebu...ala2 pengsan kepenatan tahap koma gitu
Acik2 tadika tu pun patut sorang kena berdiri dlm bas kat belakang sekali masa turun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 02:18 PM | Show all posts
gaara_X replied at 18-4-2019 11:23 AM
takkan cikgu tak mengira berapa orang murid naik dan berapa orang turun.....hadoi...

kan... yg cikgu pun.. takkan tak buat head count murid keluar masuk bas??? ishhh.. nasib baik jumpa tertidur.. buatnya jadik benda lain??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.492291 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list