View: 14746|Reply: 31
|
10 Destinasi Menarik Di Sabah Yang Mungkin Anda Belum Tahu (Bahagian 2)
[Copy link]
|
|
Sudah bosan melawat tempat yang sama setiap kali ke Sabah? Apa kata anda cuba tempat ini.
Bagi pelancong tempatan dan antarabangsa, destinasi pelancongan di Sabah seperti Taman Kinabalu, Air Panas Poring, Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok, Pulau Sipadan dan Lembah Danum mungkin antara tempat-tempat yang sudah sering dikunjungi. Jika anda penggemar aktiviti luar, fotografi, pencinta alam sekitar atau berjiwa daredevil, apa kata anda cuba melawat tempat baru ini pula.
6. Pyramid Hill (Kundasang, Ranau)
Ingin mendaki Gunung Kinabalu tapi tak cukup fit? Cubalah mendaki Bukit piramid yang terletak di Kampung Kauluan, Kundasang Ranau. Pemandangan yang indah tak kalah cantiknya terutamanya di waktu matahari terbit dan terbenam. Sesuai untuk kaki selfie dan keluarga dengan anak-anak kecil. Pendakian santai hanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Siapa kata perlu 2 hari untuk mengambil gambar selfie berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang majestic?
7. Sinurambi (Tambunan Viewing Point)
Sumber: Top Peak Travel
Baru dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah (ketika itu), Tan Seri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 2017. Ianya kini menjadi landmark Daerah Tambunan untuk mempromosikan potensi pelancongan di daerah itu. Dibina di atas bukit , 877m di atas paras laut dan ketinggian 45 kaki, pengunjung dapat melihat hampir 80% pemandangan daerah Tambunan. Binaan ini bercirikan 'wakid' dan 'sigar', dua elemen budaya yang penting di kalangan suku Kadazandusun Murut.
8. Polumpung Malangkap View Camp Site (Kota Belud)
Sumber: Twitter Oday_j
Seperti berada di New Zealand! Demikianlah komen pengunjung ke tapak perkemahan yang terletak di Daerah Kota Belud ini. Tapak berorentasikan family-friendly ini dibina di kawasan tepian sungai berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang megah. Hanya 1 jam 18 minit dari Kota Kinabalu, silalah berkunjung ke Kg. Malangkap Baru untuk pengalaman cuti yang tidak dapat dilupakan.
9. Serinsim Substation National Park (Kota Marudu)
Sumber: Info Santai
Aliran sungai yang deras, sejuk dan bersih memang berkesan mengurangkan lelah tubuh badan setelah penat memandu dan berjalan. Di Serinsim, anda dan keluarga boleh mandi manda sepuasnya. Jika ingin bermalam, terdapat chalet dan dorm mampu milik yang boleh disewa. Taman ini dikendalikan oleh Jabatan Taman-taman Sabah dan menjadi tumpuan warga Kota Marudu di hujung minggu.
10. Tabin Wildlife Reserve (Lahad Datu)
Sumber: Booking.com
Bagi yang ingin melihat hidupan liar, berkunjunglah ke Tabin Wildlife Reserve terletak di Daerah Lahad Datu. Kepelbagaian fauna seperti gajah, badak, burung dan unggas hutan memang menakjubkan. Pilihan penginapan yang selesa juga tersedia untuk seisi keluarga. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik..nampak tenang je...{:love |
|
|
|
|
|
|
|
Wish list aku utk thn depan, bln mac |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tahu Pyramid Hill tu. Cantiknya |
|
|
|
|
|
|
|
Seronoknya bila bersatu dgn alam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai sangat untuk pencinta alam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PENCINTA_DIRIMU at 22-4-2019 03:06 PM
Cantiknya.. macam kat syurga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah dah makin banyak tempat diperkenalkan untuk pelancong jadi makin banyak pilihan tempat boleh mereka kunjungi |
|
|
|
|
|
|
|
Polumpung Malangkap tu paling best kalo stay overnight kat sana..berkhemah berkhemah bersama c nopal awal pagi boleh tgk view gunung kinabalu...air sungai dia sejuk walaupun panas terik
|
|
|
|
|
|
|
|
ni dah msk list akk dgn anak perempuan akk..thn lps blk tak sempat
pg sbb sibuk kenduri dgn melawat sanak sedara.simpan dl |
|
|
|
|
|
|
|
1st time nak pegi sabah next week tp masih xtau nk kemana...
huhuhu 3hr 2mlm je boleh buat apa ehhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
khemah kena bwk sndiri pye ke or mmg ada kt sana utk disewa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau 3D2N, saya cadangkan satu malam di Kundasang dan satu malam di KK
Di Kundasang banyak tempat menarik boleh dilawati, selain pemandangan cantik dan cuaca sejuk
|
|
|
|
|
|
|
|
kundasang blh suggest x apa lg yg blh pegi? selain dairy farm tu... sbb ramai ckp mcm xcukup masa je.. grab masa tiket murah lepas tu xtpikir plak 3h2m tu xckup...
|
|
|
|
|
|
|
|
Wajib pergi ke Kinabalu National Park walaupun tak mendaki , depan Timpohon Gate tu ada pelantar cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, cuaca dia pun sejuk, tempat mula pendaki naik.
Kemudian ada juga Poring Hot Spring , kolam air panas dan air terjun.
Kalau ada masa pergi ke Sabah Tea, view dia memang menarik, singgah Luanti tempat fish massage tu, ada masa cari mana2 Strawberry Garden.
Saya suggest cari Homestay area Mesilau, awal pagi cuaca sangat sejuk , fresh dan menghadap Gunung Kinabalu
|
|
|
|
|
|
|
|
tqqqqqqqqqq... kalau ada lg suggest kan lg ehhh.... tqvm....
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa..bila nak sampai nih...bestnya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
best yer Sabah. first and last pergi tahun 2016. pergi dengan sorang member. emm aku rase klo nak percutian best kena pergi dengan member yang BEST. aku ingat member aku tue best. hampeh betul. bila gi holiday same baru tau die teruk.fuhh. dah 3 tahun lost contact. |
|
|
|
|
|
|
| |
|