CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2721|Reply: 4

'Scam, Bullsh*t!' - Chef Wan Berang Nama Digunakan Scammer Bitcoin

[Copy link]
Post time 24-4-2019 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Tidak lama dahulu penyanyi terkenal, Shiela Majid pernah membuat kenyataan menafikan bahawa beliau telah bersara dan memberikan tumpuan kepada sebuah produk kecantikan yang menguntungkan.


Rupanya, nama beliau telah digunakan untuk menipu pelanggan dan tanpa kebenarannya.





Kredit foto: Instagram





Sebenarnya, Shiela Majid bukanlah personaliti pertama di negara kita yang dipergunakan scammer. Sebelumnya, ahli sukan Watson Nyambek dan pemilik Airasia, Tan Sri Tony Fernandes juga pernah menafikan penglibatan mereka susulan tularnya kenyataan palsu mempromosikan perniagaan bitcoin di Facebook.


Watson sendiri telah membuat laporan polis untuk membersihkan namanya.




  



Nampaknya, modus operandi scammer online mempergunakan nama personaliti terkenal terus berlanjutan. Baru-baru ini, tukang masak terkenal Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail pula menjadi mangsa!


Dalam sebuah keratan yang dimuatkan di Instagramnya, ia menyatakan Chef Wan mengajak para peminat untuk menyertai perniagaan bitcoin, memandangkan beliau sendiri telah mengaut keuntungan berjuta ringgit sehingga terselamat daripada kebangkrapan.







Kredit foto: Instagram





Chef Wan menafikan sekeras-kerasnya terlibat dengan perniagaan itu. 'This is an online scam using my name!' tegas beliau. 'More scammers using my name' tambahnya lagi.


Susulan itu, ramai pengikutnya menggesa Chef Wan supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya namanya dapat dibersihkan.


Ada juga yang membuat spekulasi bahawa berita palsu itu mungkin disebarkan pihak-pihak yang benci dan iri kepada beliau.





Kredit foto: Instagram





Berikutan masih ramai rakyat Malaysia yang mudah tertipu dengan sindiket penipuan, diharap Chef Wan dapat membuat laporan polis seperti Shiela Majid untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat secara umumnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2019 11:11 AM | Show all posts
Buatlah laporan dan saman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2019 05:01 AM | Show all posts
PENIPUAN tidak mengira mangsa. Terbaharu, pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama cef selebriti Chef Wan, bagi kegiatan scam dalam talian.

Dalam satu entri dimuat naik di Instgram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail telah berkongsi tajuk sebuah artikel Bahasa Inggeris yang menyatakan beliau terselamat daripada bankrup disebabkan perdagangan dalam talian Bitcoin.

Menurut tajuk artikel itu lagi, Chef Wan turut menjana jutaan ringgit dalam tempoh hanya enam bulan.

“Scam dalam talian menggunakan nama saya,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Chef Wan menggesa beliau membuat laporan polis dan menyaman pihak tersebut.

Malah ada juga pengikut yang melahirkan rasa tidak puas hati kerana si penipu menggunakan jalan singkat dan menggunakan nama selebriti untuk menipu mangsa.

“Chef Wan tidak perlukan Bitcoin. Beliau sudah ada lebih dari cukup. Kamu tidak sepatutnya mengheret Dato Chef Wan yang saya hormati ke dalam penipuan ini,” tulis Lingkow.

“Sesedap dia je petik nama. Tau tak Chef Wan kerja gigih siang malam tu. Jahat la depa ni,” menurut Aziesyamira.

“Tak pernah dengar pula Chef Wan nak bankrup. Betul-betul scam ni,” tulisMairiz02.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2019 09:21 PM | Show all posts
2019 has not started with a not-so-bad note as the master crypto BITCOIN is slowly taking off. Bitcoin has touched the $4000 mark for the first time in a relatively long while.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 05:20 PM | Show all posts
Still, before making any decision about investment into cryptocurrency it is better to read some professional reviews carefully and take the whole picture in front of you. I trust to this resource https://www.crypto-rating.com/forecasts/ and for now all my investments were profitable
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.164569 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list