Anugerah Meletop Era (AME) 2018 sudah melabuhkan tirainya. Namun biasalah mesti ada suara-suara yang tidak berpuas hati dengan penganjuran tersebut. Antara yang diperkatakan ialah Sharifah Shahira tidak mendapat tempat duduk yang selayaknya walaupun tercalon dalam satu kategori. Namun, nasibnya baik apabila staf Astro mencarikannya tempat duduk nun di hujung, jauh dari pentas.
Hal ini membawa kepada siapakah yang memenuhi tempat duduk di dalam Arena? Kebanyakannya adalah wajah-wajah yang tidak dikenali. Pengulas hiburan sensasi, Sepit Siput (juga popular sebagai forumner Gossip Cari satu ketika dahulu) mengulas isu ini di samping bertanyakan pengikutnya, siapakah wajah-wajah sendu itu?
Kredit foto: IG
Memulakan dengan wajah-wajah yang berada di dalam dewan hingga sebahagian besarnya langsung tidak dikenali membuatkan Sepit Siput bertanyakan kepada pengikutnya siapakah mereka? Dan rata-rata menjawab mereka tidak mengenali wajah tersebut kecuali beberapa wajah seperti Pembantu Peribadi Syafiq Kyle dan pelakon drama.
Bagaimanapun ia jelas menyatakan yang ramai muka-muka baru dalam industri hiburan hingga tidak ramai mengenali mereka ini.
Kredit foto:
Seterusnya Sepit juga mempersoalkan kehadiran wajah-wajah yang tidak dikenali di Karpet Merah. Mengapakah rata-rata hadirin yang dijemput tidak popular? Atau mereka berada di dalam arus hiburan media sosial semata-mata? Malahan Pembantu Peribadi juga berjalan di karpet merah mengiringi artisnya dan mendapat tempat duduk seperti PA Remy Ishak dan PA Syafiq Kyle. Malahan jurusolek artis juga turut lalu dan berposing di karpet merah. Ia seperti situasi yang caca marba atau memang kita sedang mengangkat mereka yang berada di sebali tabir untuk turut bersama-sama berada di hadapan lensa kamera?
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Nampaknya AME bukan sahaja menjadi majlis anugerah yang 'syok sendiri' tetapi kehadiran tetamu yang tidak dikenali juga membuatkan taraf majlis ini haru biru. Apa pendapat anda? Ada yang dikenali atau 'Who are yous?" - CARI
|