View: 1967|Reply: 2
|
Debat 'Menyertai Statut Rom Tindakan Gopoh?' Dalam Analisis TV Alhijrah
[Copy link]
|
|
Salah satu isu hangat dibincangkan baru-baru ini, adalah penyertaan Malaysia dalam menandatangani Statut Rom, sebuah kerjasama dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).
Kredit foto: Facebook
Secara ringkasnya, Statut Rom bertujuan untuk menjaga hak kemanusiaan pada peringkat antarabangsa dalam beberapa perkara penting seperti jenayah pembersihan etnik, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.
Kredit foto: Facebook
Penyertaan sesebuah negara dalam menandatangani Statut Rom bertujuan supaya sesebuah pihak atasan yang didakwa menindas pihak marhain dapat diadili di mahkamah antarabangsa kerana jika pengadilan diadakan di mahkamah negara itu sendiri, ada kemungkinan ianya bias dan tidak adil kerena mungkin dikawal oleh pihak atasan yang menindas tersebut.
Kredit foto: Facebook
Bagaimanapun, bagi negara Malaysia, isu ini menjadi polemik apabila pihak Majlis Raja-Raja tidak bersetuju kerajaan menandatanganinya kerana ianya akan mengurangkan kuasa mereka dan dikatakan melanggar Perlembagaan dan tidak dibincangkan dengan mereka terlebih dahulu.
Ini menyebabkan negara kita terpaksa menarik diri daripada menandatangani Statut Rom ini.
Kredit foto: Facebook
Sehubungan dengan isu panas ini, penerbit rancangan Analisis TV Alhijrah bakal mengetengahkan tajuk 'Menyertai Statut Rom Tindakan Gopoh?' pada Jumaat ini, 26 April jam 10 malam.
Kredit foto: Facebook
Debat kali ini menjemput dua panel utama iaitu Encik Mohamad Khairul Azam, seorang peguam dan En Asheeq Ali, graduan undang-undang dari UKM.
Perbincangan ini sememangnya panas kerana ramai penonton yang belum memahami sepenuhnya impak positif dan negatif penyertaan sesebuah negara dalam perjanjian ini.
Kredit foto: Facebook
Pastinya debat ini akan memberikan banyak ilmu kepada semua pihak. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Panel tak menarik sangat macam budak mentah |
|
|
|
|
|
|
|
Neelofa jadi panel mesti best
Hidup akak handbag atas kepala |
|
|
|
|
|
|
| |
|